Harian Metro

DUDUK ‘FREE’ AJE!

- Saadiah Ismail cnews@nstp.com.my

26,860 penyewa rumah awam DBKL hutang sewa RM28 juta

Seramai 26,860 penyewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) (PA/PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal menjelaska­n tunggakan sewa terkumpul sehingga 31 Oktober ini berjumlah RM28,137,507.

Pengarah Jabatan Perancanga­n Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad berkata, kegagalan itu boleh menyebabka­n tindakan diambil DBKL iaitu penamatan perjanjian penyewaan sekiranya penyewa masih degil dan ingkar menjelaska­n ansuran seperti dijanjikan.

Katanya, sebelum ini pelbagai usaha sudah dilakukan seperti program turun padang, sesi bersemuka dan membantu golongan kurang berkemampu­an mendapatka­n bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal namun terhad mengikut syarat tertentu.

“Namun begitu masih ada lagi penyewa yang mengambil mudah tidak mengikut bayaran ditetapkan, justeru tindakan mahkamah sudah diberikan kepada mereka.

“Sebahagian daripadany­a membayar tunggakan secara penuh manakala yang selebihnya memilih bayaran secara ansuran, namun masih lagi gagal untuk menjelaska­nnya.

“Sehubungan itu, DBKL terpaksa melakukan tindakan lebih tegas iaitu meminta penyewa mengosongk­an unit dan menyerahka­n semula rumah PA/PPR kepada DBKL selepas perjanjian penyewaan ditamatkan,” katanya pada kenyataan semalam.

Kediaman PA/PPR DBKL disediakan oleh kerajaan khusus untuk golongan berpendapa­tan rendah dan keutamaan diberikan bagi penempatan semula setinggan di Kuala Lumpur.

Khairul Azmir berkata, DBKL juga boleh meneruskan proses pengambila­lihan semula rumah PA/PPR sekiranya penyewa gagal menyerahka­n rumah berkenaan.

“Sebenarnya kegagalan membayar tunggakan sewa yang tinggi ini boleh menjejaska­n perkhidmat­an DBKL kepada penduduk memandangk­an hasil kutipan sewa turut digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan penyelengg­araan rumah PA/PPR.

“Kadar sewa dikenakan sebulan ialah RM124 saja iaitu amat rendah berbanding kos pengurusan dan penyelengg­araan ditanggung DBKL yang dianggarka­n RM300 sebulan bagi setiap unit.

“Kebanyakan penyewa mempunyai pendapatan berkemampu­an dan diharap dapat menjelaska­n sewa berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENYEWA ambil mudah tak lunas bayaran sewa
ditetapkan.
PENYEWA ambil mudah tak lunas bayaran sewa ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia