Harian Metro

Rita harap Aidil hadiah tiket perlawanan

-

Kuala Lumpur: Pelakon jelita Rita Rudaini berharap bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak menghadiah­kan tiket perlawanan membabitka­n skuad Harimau Malaya di kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 yang sedang berlangsun­g di sini, ketika ini buat dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaha Arjuna, 7.

Rita berkata, bukan dia tidak boleh membeli tiket itu, tetapi adalah lebih manis jika Aidil dapat menghadiah­kan tiket dan jersi skuad kebangsaan kepada anak mereka.

“Saya nak bagi anak-anak rasa dihargai apabila tiket terbabit diberikan bapa mereka sendiri. Saya rasa ia mempunyai nilai sentimenta­l yang tinggi.

“Lagipun anak-anak ada buka mulut nak tengok bapanya beraksi, jadi saya nak laksanakan impian mereka. Saya mahu anak-anak bangga dan kagum dengan bapanya mereka berbanding mengidolak­an pemain antarabang­sa,” katanya.

Menurut Rita, dia juga menegaskan tidak pernah menghalang bekas suaminya itu bertemu anak apatah lagi memisahkan mereka.

“Ramai pihak mendakwa saya menghalang Aidil daripada berjumpa anak. Jadi, saya nak buktikan kepada semua orang yang bermulut jahat yang kami tiada masalah dan saya tidak bergaduh dengan Aidil.

“Melihat keterujaan anak yang meminati bola sepak dengan begitu mendalam, saya nak bawa mereka melihat bapanya beraksi secara langsung,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia