Harian Metro

Farid Kamil dipanggil polis siasat isu suapan RM5 juta

-

Polis akan memanggil pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis mengaitkan­nya dengan isu yang mendakwa dia pernah disogok wang RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Farid akan dipanggil dalam masa terdekat bagi merekodkan keterangan­nya.

Menurutnya, pihaknya menerima satu laporan di Balai Polis Kota Damansara kelmarin, daripada seorang lelaki berusia 43 tahun yang menjadi wakil kepada

Presiden

Pemantau

Malaysia Baru,

Datuk Lokman

Noor Adam.

“Laporan itu mengatakan Farid sengaja reka cerita untuk menjatuhka­n imej Perdana Menteri ketika itu (Datuk Seri Najib Razak).

“Malah pengadu juga mengatakan jika dakwaan Farid itu benar, mengapa tidak melaporkan­nya kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya selepas program Media Talk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), semalam.

Fadzil berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan tohmahan atau fitnah.

Melalui rakaman video dimuat naik di Youtube MyFokus Online ketika program Al Hijrah jam 10 malam Rabu lalu, Farid mendakwa dia cuba dirasuah RM5 juta oleh kerajaan

terdahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia