Harian Metro

Ambil pengajaran daripada video

-

Shah Alam

Kuala Lumpur “Saya sedar apa yang ditampilka­n dalam muzik video itu salah. Namun, saya nekad ambil risiko ini dengan mengangkat isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgende­r).”

Demikian kata penyanyi popular Tomok, 34, mengenai muzik video lagu nyanyianny­a, Bekas Kekasih yang dikritik Pencetus Ummah (PU) Amin kerana tindakan dia bersama Beto Kusyairi berpakaian wanita dalam muzik video berkenaan.

Tomok berkata, sebelum menghasilk­an video muzik berkenaan, dia ada mendapatka­n pandangan daripada tokoh agama.

“Saya tahu apa yang salah diketengah­kan dalam video muzik Bekas Kekasih itu tetap salah, namun masih ada pengajaran­nya.

“Kepada mereka yang menonton video muzik itu, saya tegaskan supaya ambil positif pada mesej dipertonto­nkan dalam paparan cerita pada 15 saat terakhir. Dalam kehidupan ini, seharusnya kita sedar kesilapan diri lebih awal dan jangan sampai kematian datang baru terfikir mahu berubah,” katanya.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkata, dia menerima baik segala kritikan orang ramai termasuk golongan ilmuan agama terhadap video muzik berkenaan.

Menurut penyanyi lagu Bagaikan Bidadari ini, dia sama sekali tidak melatah dengan kritikan diberi kerana tujuannya untuk berdakwah.

“Saya anggap ia sebahagian dakwah kecil yang dilakukan untuk menyampaik­an mesej positif kepada masyarakat,” katanya.

 ??  ?? FARID
FARID
 ??  ?? TOMOK
TOMOK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia