Harian Metro

JEL 2 BULAN

- Sarah Zulkifli cnews@nstp.com.my

„ Lelaki mengaku salah masuk anak saudara dalam mesin basuh

Lelaki yang videonya tular kerana memasukkan anak saudara lelakinya ke dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan melakukan perbuatan itu, bulan lalu.

Hakim Azmil Muntapha Abas menjatuhka­n hukuman itu terhadap jurujual, Muhammad Irwan Abdul Jalil, 27, selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah dalam sebutan kes itu.

Mahkamah memerintah­kan Muhammad Irwan menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkapan, 3 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memasukkan Shah Raiqal Shahril Sharizal berusia tiga tahun ke dalam mesin basuh di mana perbuatan itu dilakukan secara tergopoh-gopoh hingga membahayak­an keselamata­n itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kedai Dobi Laundrybar No11&11-1 Jalan Orkid 1G/2 Sek BS1 Bandar

kanak-kanak Bukit Sentosa, Hulu Selangor jam 12.30 tengah malam, 2 Oktober lalu.

Dakwaan kes dikemukaka­n mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azhwa Yusrie Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

 ??  ?? MUHAMMAD Irwan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Kuala Kubu Bharu.
MUHAMMAD Irwan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Kuala Kubu Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia