Harian Metro

BERJUANG SELAGI HIDUP

-

„ Jangan berhenti mencuba untuk gapai kejayaan diimpikan

pokok cili dengan durian. Bukankah ada beza pada nilai hasilnya?

Usaha sedikit, kejayaanny­a mungkin cepat tetapi sedikit manakala usaha banyak, kejayaanny­a mungkin lambat tetapi besar. Jatuh itu bukan sesuatu yang bertentang­an dengan kejayaan.

Ia adalah proses dalam mendaki kejayaan. Kisah jatuh membuktika­n kita pernah mencuba. Biar gagal ketika mencuba, jangan gagal mencuba.

Adakalanya seseorang perlu melalui proses yang sangat panjang sebelum menemui kejayaan. Jika kita melihat seorang berjaya ketika berusia 30 tahun, ada kemungkina­n dia melalui jatuh bangun sejak usia belasan tahun lagi.

Keringat dan air mata yang dicurahkan sebelum itu sukar untuk digambarka­n. Ada juga orang menemui kejayaan dalam usia agak lanjut. Dalam kudrat yang tidak seberapa, dalam jiwa mereka tidak ada istilah ‘putus asa’.

Insan yang bermotivas­i bergerak bagaikan air, apabila disekat ke kanan, ia akan lalu ke kiri. Disekat ke kiri, ia lalu ke kanan. Segala halangan tetap akan diatasi.

Dalam buku

Dr Caroline Meis berkata, penghargaa­n terhadap diri sendiri kadangkala menjadi penyebab utama kesengsara­an atau kebahagiaa­n seseorang.

Halangan dalaman menjadi cabaran terbesar seseorang untuk bergerak jauh. Andai berjaya mengatasi halangan dalaman, dia perlu menghadapi halangan luaran pula.

Berhubung halangan luaran, seorang bintang legenda yang terkenal di seluruh dunia menceritak­an: “Aku bercita-cita untuk menjadi atlet karate nombor satu dunia. Cikguku datang menemuiku dan berkata, “Cita-cita kamu cuma mimpi kosong!’

“Setelah itu, aku berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mengejar cita-citaku namun aku masih gagal. Guruku tetap memintaku untuk menukar citacitaku yang lain. Aku benar-benar tidak dapat tidur dan kecewa.”

“Tetapi aku tetap berkeras dan bekerja di sebuah restoran di Texas. Setelah aku dipecat, aku memutuskan untuk mengikuti latihan karate. Cabaran yang aku hadapi terlalu besar. Akhirnya, aku berjaya menggapai impianku. Namaku Bruce Lee.”

Begitulah sebahagian kisah kehidupan insan yang berjaya. Kita perlu belajar daripada kisah inspirasi insan seperti itu sebelum membuat keputusan menyerah kalah.

Berikut cerita ringkas kejayaan beberapa tokoh yang mengecapi kejayaan tanpa mengenal erti putus asa walaupun berdepan ratusan percubaan sebelum itu.

Pengasas ayam goreng Kentucky, Kolonel Harland Sanders rupa-rupanya hanya berjaya mengecap kejayaan pada usia 65 tahun.

Sebelum itu, beliau sempat berkerja di pelbagai tempat dan mencuba beberapa perniagaan. Namun usahanya selalu gagal dan dipecat atas pelbagai alasan.

Akhirnya beliau merantau dengan keretanya untuk menawarkan diri menjadi tukang masak ayam goreng dengan resipinya sendiri.

Beliau mengalami lebih 1,000 kali penolakan oleh pemilik restoran. Mereka semuanya tidak yakin resipi ayam gorengnya mempunyai potensi yang tinggi.

Siapa sangka, resipi ayam gorengnya berjaya memikat hati sebuah pemilik restoran. Resipinya disukai ramai hingga sekarang kita boleh perhatikan restoran KFC ada di mana-mana saja di seluruh dunia.

Kita juga boleh belajar sesuatu daripada usaha penulis buku terkenal

JK Rowling. Kisah fiksyen karyanya memang tidak masuk akal.

Beliau pernah diceraikan dan membesarka­n anak-anaknya dengan wang bantuan badan kebajikan.

Siapa sangka, selepas manuskrip ditolak sebanyak 12 kali, beliau kini mempunyai wang di dalam bank yang boleh dinikmati beberapa generasi!

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ?? HIDUP terasa hambar tanpa dugaan dan ujian.
HIDUP terasa hambar tanpa dugaan dan ujian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia