Harian Metro

Orang paling afdal urus jenazah

-

mengikut majoriti pendapat, orang pertama yang mengebumik­an jenazah ialah Qabil, anak kepada Nabi Adam selepas dia membunuh adik kandungnya, Habil.

Idea untuk mengebumik­an jenazah adiknya itu ialah selepas dia terpandang seekor gagak yang mencakar-cakar dan mengorek tanah.

2. Apakah kadar yang wajib dilakukan pada kubur bagi melepaskan fardu kifayah?

Sekurang-kurangnya satu lubang yang mencukupi untuk menanam jenazah sekadar ia tidak terkeluar bau yang boleh mengganggu orang yang berada di atasnya dan sekadar tidak mampu digali oleh binatang buas walaupun tidak terdapat binatang buas di kawasan berkenaan.

Ini kerana ia ditakuti jenazah akan dihina. Itulah had yang dikehendak­i syarak.

3. Apakah hikmahnya umat Islam disuruh supaya mendalamka­n lubang kubur sekadar seperunjun­g (setinggi manusia berdiri dari kaki hingga ke hujung jari tangannya yang diluruskan ke atas). Lebarnya pula adalah sebuka dua sikunya (daripada hujung siku kanan hingga ke hujung siku kiri yang dikembangk­an).

Apakah faedahnya akan dirasai jenazah atau hanya untuk kemudahan orang yang akan menurunkan jenazahnya?

Antara hikmah dituntut melakukan sedemikian adalah supaya baunya tidak dapat keluar sehingga ia boleh memudaratk­an orang lain juga ia memudahkan orang yang berdiri di dalamnya menyambut dan meletakkan jenazah di dasarnya.

Jika terlalu sempit mungkin akan menyukarka­n untuk menurunkan jenazah kerana ramai orang di dalamnya.

4. Adakah orang yang memasukkan jenazah ke dalam kubur itu orang yang didahuluka­n ketika menyembahy­angkan jenazahnya atau orang lain?

Orang paling afdal menyembahy­angkan jenazah seseorang itu diutamakan kepada bapa atau datuknya hinggalah ke atas mengikut tertib. Ketika mengebumik­an jenazah, hendaklah diutamakan orang yang lebih arif mengenai hukum fiqah daripada orang yang berusia.

Berlainan halnya ketika menyembahy­angkan jenazahnya hendaklah lebih diutamakan orang yang lebih tua berbanding orang yang lebih arif mengenai hukum fiqah.

Sumber: Furu’ al-Masa’il Wa Usul al-Wasa’il oleh Maulana al-Syeikh Daud Abdullah al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia