Harian Metro

PAKAR‘PUJUK’

- Mohd Sabran Md Sani sab@nstp.com.my

Bertawakal, ingat Allah SWT dan tenangkan diri antara tip dikongsi dua ‘heroin’ bomba wanita ketika kali pertama mengendali­kan tugasan kes cubaan bunuh diri di Taman Perling, tengah hari kelmarin.

Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru, Haslina Yunus, 37, dan Intan Syakirah Jama’ari, 22, menggunaka­n pendekatan secara berlemah lembut dan sentuhan supaya mangsa yakin berada dalam situasi selamat.

Berkongsi pengalaman itu, Haslina berkata, dia bersyukur dapat membantu wanita berusia 22 tahun itu daripada terjun bangunan 11 tingkat di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Melana.

“Bagi saya ia satu kepuasan, tetapi apa yang kami lakukan ini adalah keikhlasan hati membantu mangsa.

“Sebagai orang Islam, kita kena ingat Allah SWT, tenangkan diri kita, barulah tenangkan mangsa,” katanya di BBP Johor Bahru di sini, semalam.

Ibu dua anak dari Tawau, Sabah itu berkata, pelbagai spekulasi terbayang dalam fikiran mereka berdua tatkala diminta melaksanak­an tugas berat seperti itu.

“Memang pada masa itu kami cemas apatah lagi ia bukan mudah dan bila sampai di lokasi kejadian, kita perlu bertindak cepat dalam situasi kritikal.

“Bagi kami kes itu agak sukar kerana jika tersilap langkah mangsa jatuh atau kami berdua jatuh,” katanya.

Katanya, meskipun ia misi pertama bagi mereka berdua, tetapi teknik betul menyelamat­kan mangsa ketika berada di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (APBM) Sabah memudahkan tugas itu.

“Dalam situasi itu, kami tidak mengambil masa lama memujuk wanita terbabit kerana beliau mudah didekati serta tidak agresif sekali gus memudahkan kerja dilakukan dengan tenang dan pantas,” katanya.

Berkongsi pengalaman itu, dia yang pernah berkhidmat sebagai anggota kawalan Kem Bukit Kayu Hitam dan Sukarelawa­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat suntikan motivasi daripada netizen.

“Alhamdulil­lah, kami menerima banyak kata-kata positif termasuk kami anggota wanita bomba terbaik dan katanya.

Turut berkongsi pengalaman, Intan Syakirah yang juga anak kelahiran Kuching, Sarawak, bersyukur membantu menyelamat­kan wanita itu.

Biarpun baru dua tahun berkhidmat, namun slogan Seerat Serasa Sehati Sejiwa menjadi semangat dalam menempuh kerjaya mencabar.

 ??  ??
 ??  ?? INTAN Syakirah (kanan) dan Haslina di Balai Bomba Penyelamat Johor Bahru.
INTAN Syakirah (kanan) dan Haslina di Balai Bomba Penyelamat Johor Bahru.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia