Harian Metro

TAJI DI TENGKUK

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

Ayam ternakan miliki keunikan tersendiri

Lazimnya taji ayam terletak pada kakinya, namun lain pula dengan seekor ayam milik seorang penternak di Kampung Gelugor Haji Tahir yang memiliki ayam bertaji pada bahagian tengkuk.

Khairul Anuar Abd Rahman, 34, berkata, ayam kampung pemberian sahabatnya dari Kedah itu dipelihara sejak berusia dua bulan.

Bagaimanap­un, katanya, dia hanya menyedari ayam itu mempunyai taji di tengkuk ketika haiwan berkenaan berusia empat bulan.

Menurutnya, pada usia lima bulan, ketulan keras yang disangka ketumbuhan itu semakin membesar dan membentuk seperti taji.

“Saya memang gemar membelek setiap ayam kampung yang diternak dan memang sedia maklum dengan ketulan keras pada leher ayam yang diberikan rakan itu.

“Mulanya saya ingatkan ia sejenis penyakit atau ketumbuhan kerana pada awalnya ketulan itu hanya berbentuk bulat tapi tidak lama kemudian bertukar menjadi tajam seperti sekarang,” katanya.

Menurutnya, dia cuba merujuk ayam ternakanny­a itu kepada penternak lain yang lebih berpengala­man dan mereka mengesahka­n ia memang taji yang keluar pada bahagian tengkuk.

“Sejujurnya kejadian sama pernah berlaku tiga tahun lalu pada ayam milik rakan sekampung tetapi ayam yang dianggap pelik ini tidak sempat membesar kerana diserang penyakit.

“Sebagai penternak ayam yang berpengala­man menternak sejak 2010, saya berasa bertuah kerana memiliki ayam unik seperti ini,” katanya.

Katanya, lima tahun lalu dia memiliki ayam berkaki seperti itik dan dijual dengan harga RM500 kepada penternak di Kemaman.

“Penternak yang bernasib baik akan menemui ternakan yang pelik. Sebab itu perkara sebegini tidak asing dalam kalangan penternak seperti saya.

“Ayam yang mempunyai taji di leher ini saya kongsikan gambar dan keunikanny­a di media sosial, seterusnya mendapat maklum balas ramai netizen yang memaklumka­n belum pernah melihat ayam seperti ini.

“Ramai penternak di kawasan sekitar datang ke rumah untuk melihat dari dekat dan ramai juga yang hendak membelinya tapi saya tak nak jual.

“Walaupun saya penternak yang memang kerja menjual ayam sebagai sumber pendapatan dan memiliki lebih 100 ekor, namun tidak semua ayam dimiliki sedia untuk dijual terutama yang unik seperti ini,” katanya.

 ??  ?? TAJI pada leher ayam. Gambar kecil, Khairul Anuar (kiri) bersama ayam uniknya yang mempunyai taji pada leher.
TAJI pada leher ayam. Gambar kecil, Khairul Anuar (kiri) bersama ayam uniknya yang mempunyai taji pada leher.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia