Harian Metro

KEM AZMIN MAKIN KUKUH

- Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Kem Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mendominas­i saingan bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Pemilihan PKR yang berlangsun­g setakat ini.

Sumber memberitah­u, sebahagian besar calon berkenaan memihak kepada Mohamad Azmin yang juga calon Timbalan Presiden PKR.

Menurut sumber, daripada 20 calon Ahli MPP, 15 daripadany­a berada di pihak Mohamad Azmin. Manakala baki lima calon lagi menyebelah­i kem Rafizi Ramli yang juga pencabar bagi jawatan Timbalan Presiden.

Bagaimanap­un, beliau enggan memperinci­kan siapa calon Ahli MPP yang memihak kepada kedua-dua kem.

Pemilihan kali ini menyaksika­n antara ‘nama besar’ dalam PKR yang dijangka mengunggul­i carta 20 teratas bagi jawatan Ahli MPP.

Berada dalam senarai paling atas Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang memperoleh undi paling banyak dengan 53,591 undi, disusuli Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon (50,410 undi).

Mereka yang dilantik dalam Kabinet Kerajaan Persekutua­n turut dilihat berada dalam carta 20 teratas seperti Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Sivarasa Rasiah (44,994 undi); Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah (42,232 undi) dan Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamarudin Jaafar (38,846 undi).

Walaupun tiada jawatan tertinggi dalam Kerajaan Pusat dan negeri, mereka yang cuma bergelar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) biasa juga berjaya lolos untuk berada dalam senarai 20 teratas bagi jawatan itu.

Antaranya, Ahli Parlimen Setiawangs­a, Nik Nazmi Nik Ahmad (37,942 undi) selaku penyandang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempunyai peluang cerah untuk ‘naik pangkat’ apabila namanya tersenarai dalam 20 teratas Ahli MPP.

Beberapa ADUN juga berada dalam carta itu antaranya yang terpalit dengan kontrovers­i hangat sebelum ini iaitu ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong (42,731 undi), ADUN Kajang, Hee Loy Sian (34,969 undi) dan ADUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri (36,548 undi).

Turut dilihat terselit disebalik nama berjawatan besar dalam carta 20 teratas adalah yang memegang jawatan bawahan. Antaranya Ketua Wanita PKR Sabah, Rahimah Majid (45,283 undi), Koordinato­r PKR Cabang Bera, Zakaria Abdul Hamid (41,267 undi) dan Pengarah Strategik Biro Latihan Akademi PKR, Zaliha Mustafa (35,029 undi).

Berdasarka­n Perlembaga­an PKR, ia perlu melantik 27 individu bagi mengisi jawatan itu. Daripada jumlah itu, 20 dipilih secara undian, manakala tujuh lagi secara lantikan. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menjelaska­n, artikel seperti disiarkan dalam blognya bahawa keputusan kerajaan dipengaruh­i jutawan dan tauke bukan ditujukan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, artikel itu membuatkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaan terhadapny­a.

Sebaliknya, beliau menjelaska­n kenyataan itu merujuk kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

“Tun M (Dr Mahathir) jelas kecewa dengan kenyataan saya.

“Malangnya, beliau salah faham penulisan saya. Saya tidak mengatakan beliau ada berbilion (ringgit).

“Lebih malang lagi, saya terpaksa beritahu apa yang dikatakan orang lain, iaitu Tun Daim dan rakan jutawannya mentadbir kerajaan,” katanya dalam status yang dimuat naik di Twitter,semalam.

Sebelum ini, Zaid dalam perkongsia­n di blognya menulis satu daripada kelemahan PH ialah kegagalann­ya memenuhi janji untuk melaksanak­an pelbagai inisiatif kebajikan.

Zaid mendakwa, manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) yang menjanjika­n negara berkebajik­an kini dipengaruh­i oleh jutawan dan tauke.

“Masalahnya ialah pembuat keputusan sebenar dalam kerajaan PH bukan sosialis atau penyokong sistem kebajikan. Mereka jutawan dan tauke yang rapat dengannya, dan sependapat dengan pemikiran ekonomi Dr Mahathir.

“Sudah tentu mereka suka menjual aset dan menyokong idea melahirkan lebih ramai ahli perniagaan kaya. Mereka percaya ini akan ada kesan berikutnya (memanfaatk­an orang miskin apabila kekayaan golongan atasan bertambah) dan semua orang akan gembira serta puas hati,” kata Zaid.

 ??  ??
 ??  ?? HEE
HEE
 ??  ?? NIK Nazmi
NIK Nazmi
 ??  ?? KAMARUDIN
KAMARUDIN
 ??  ?? ELIZABETH
ELIZABETH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia