Harian Metro

TRAK PIKAP GAYA BARU

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

„ Triton 2019 dilengkapi Super-Select 4WD

Mitsubishi Motors Corporatio­n (MMC) pengeluar kenderaan jenama Mitsubishi mengumumka­n pelancaran global trak pikap model Triton Baru 2019.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Osamu Masuko berkata, model Triton menyumbang sebanyak 15 peratus daripada jualan keseluruha­n jenama itu dan ia salah satu model strategik global yang terpenting dalam meneruskan momentum perkembang­an jenama berkenaan dalam industri.

“Saya yakin Triton Baru ini akan memenuhi pelbagai keperluan dan tujuan mobiliti buat pelanggan kami di lebih 150 negara seluruh dunia dengan keteguhan, kelasakan serta keselesaan yang ditampilka­n,” katanya pada pelancaran di sini, semalam.

Triton baru ini dibangunka­n merangkumi konsep Kejurutera­an Melangkaui Keteguhan dengan penggayaan baru pada bahagian hadapan tepi dan belakang, sistem Pacuan Empat Roda (4WD) yang dipertinga­tkan untuk prestasi off-road serta sistem bantu pemandu dan keselamata­n aktif.

Model terbaru ini juga dibangunka­n bersempena ulang tahun ke-40 model itu dikeluarka­n di Kilang Laem Chabang, Thailand untuk pasaran global yang dikendalik­an Mitsubishi Motors (Thailand) Co Ltd (MMTh).

Triton model 4WD baru juga dilengkapi Super-Select 4WD yang menawarkan cengkaman optimum dan karakter kawalan mengikut permukaan jalan atau Easy-Select 4WD yang memudahkan pertukaran mod pemanduan untuk pelbagai permukaan jalan yang mana kedua-duanya meningkatk­an prestasi jentera itu pada laluan off-road.

Mod off-road terbaru iaitu Gravel, Mud/Snow, Sand dan Rock akan mengawal kuasa penghantar­an enjin, membrek serta mengurangk­an gelinciran roda dengan memaksimum­kan prestasi all-terrain dan self-extraction terutama dalam lumpur dan salji.

Untuk Thailand ia akan mula dijual pada 17 November ini dan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan melakukan prebiu rasmi Triton baru ini pada acara Pameran Motor Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIMS 2018) yang berlangsun­g di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC) dari 23 November sehingga 2 Disember depan.

 ??  ?? OSAMU (dua dari kanan) pada pelancaran global trak pikap terbaru di Bangkok, Thailand.
OSAMU (dua dari kanan) pada pelancaran global trak pikap terbaru di Bangkok, Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia