Harian Metro

UCYP perkenal SDGI bantu bangun pendidikan, sosioekono­mi Orang Asli

-

Kuantan: Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) memperkena­lkan inisiatif luar bandar sejahtera (SDGI) bagi memastikan pembabitan pelajarnya secara komprehens­if kepada pembanguna­n masyarakat termasuk Orang Asli.

Naib Canselorny­a, Prof Emeritus Datuk Dr Ahmad Zainuddin berkata, inisiatif yang diperkenal­kan itu memberi tumpuan kepada penganjura­n aktiviti kokurikulu­m dan kegiatan pelajar yang dapat memberi manfaat kepada pembanguna­n sosio-ekonomi penduduk luar bandar.

“Kami menggalakk­an pelajar menganjurk­an aktiviti mengutip sampah dan pembersiha­n pantai, program anak angkat, beramah mesra bersama warga emas dan komuniti luar bandar.

“Malah, ada juga pelajar kita turut menganjurk­an program membantu gelandanga­n di daerah ini serta membantu kanak-kanak austime,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Yayasan Pahang di sini, kelmarin.

Ahmad berkata, SDGI juga tidak melupakan pembanguna­n masyarakat Orang Asli apabila turut menganjurk­an Seminar Pembanguna­n

Ketamaduna­n Orang Asli UCYP dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan depan.

Katanya, program berkenaan sebagai tanggungja­wab pihaknya dalam membincang­kan program yang boleh dilaksana bagi membangunk­an masyarakat Orang Asli terutama berkaitan pendidikan dan pembanguna­n sosio ekonomi komuniti berkenaan.

“Seminar berkenaan dianjurkan pada 11

Disember ini dengan bertemakan Memperkasa Kesejahter­aan Hidup Orang Asli yang membariska­n penceramah terkemuka serta panel forum berpengala­man untuk membincang­kan isu ini,” katanya.

Sejak dinaik taraf kepada kolej universiti April lalu, Ahmad berkata, UCYP mempunyai kira-kira 30 pelajar Orang Asli yang mengikuti pelbagai kursus.

Katanya, kebiasaan pelajar

Orang Asli menamatkan pengajian dalam diploma sebelum terjun ke industri pekerjaan.

“Sejak enam tahun lalu, UCYP aktif menerima pelajar dalam kalangan Orang

Asli dan hingga kini kita sudah melahirkan 120 pelajar daripada kumpulan minoriti berkenaan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau turut mengumumka­n UCYP akan memperkena­lkan program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda pada Januari depan.

Justeru, katanya, lima program pengajian dijangka memulakan pengambila­n pelajar dari seluruh negara.

Menurutnya, UCYP juga sedang mempertimb­ang untuk menaik taraf beberapa infrastruk­tur pembelajar­an sedia ada serta menambah makmal bagi memastikan pelajar memperoleh keselesaan dalam menuntut ilmu di

kolej universiti itu.

 ?? Ahmad ?? Kami menggalakk­an pelajar menganjurk­an aktiviti mengutip sampah, program anak angkat, beramah mesra bersama warga emas dan komuniti luar bandar”
Ahmad Kami menggalakk­an pelajar menganjurk­an aktiviti mengutip sampah, program anak angkat, beramah mesra bersama warga emas dan komuniti luar bandar”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia