Harian Metro

IMPAK NEGATIF JIKA TAK DIKAWAL

- Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

Kaedah pembelian rumah menggunaka­n pendanaan awam atau menerusi Skim FundMyHome wajar dikaji dan dipantau rapi supaya tidak dijadikan tempat pemaju melambakka­n hartanah tidak terjual pada harga tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital Sdn Bhd Faizul Ridzuan berkata, inisiatif baru ini pada asasnya adalah inovatif dan kreatif namun mampu memberikan impak negatif jika tidak dikawal pelaksanaa­nnya.

Beliau berkata, hartanah yang patut dimasukkan dalam skim ini perlu dipantau secara ketat supaya tidak menjadi tempat pemaju melupuskan stok tidak laku yang sebenarnya melebihi harga pasaran.

“Berdasarka­n hartanah yang disenaraik­an dalam FundMyHome, kami dapati ada hartanah dah siap dijual pada harga lebih mahal berbanding pasaran sekunder oleh pemaju.

“Sebagai contoh, sebuah kondominiu­m di Equine, Seri Kembangan terdapat beberapa unit di laman carian hartanah terkenal dijual pada harga tidak sampai RM270,000.

“Namun, di laman web FundMyHome, ia (hartanah sama) bermula dengan harga RM345,000. Dalam kes ini, rumah itu dijual pada harga 20 peratus lebih mahal berbanding harga pasaran.

“Yang untung dalam kes ini adalah pemaju yang dapat menjual stok yang tidak laku pada harga yang mereka mahu,” katanya.

FAR Capital adalah firma perundinga­n hartanah yang menumpukan kepada perkhidmat­an rundingan pelaburan, pengurusan sewaan dan pengurusan portfolio hartanah.

Tinjauan pada sebuah laman carian hartanah bagi membanding­kan harga hartanah yang sama terdapat di FundMyHome juga mendapati dakwaan Faizul itu adalah berasas.

Mengulas lanjut, Faizul menegaskan skim ini juga berpotensi meningkatk­an kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) kerana pembeli yang menyertai skim itu adalah dalam kalangan mereka yang tidak berjaya mendapatka­n pinjaman hartanah daripada bank berikutan profil kredit yang kurang baik.

Katanya, situasi ini persis kepada krisis gadai janji suprima di Amerika Syarikat (AS) iaitu krisis kewangan pada 2003 hingga 2009 yang menyumbang kepada kemeleseta­n ekonomi di seluruh dunia pada 2007 hingga 2009.

“Jika semua hartanah yang dimasukkan dalam skim ini adalah jenis gred A dan B dan benar-benar menguntung­kan, hartanah ini boleh dijual untuk membayar semula pelabur yang memberikan pinjaman 80 peratus kepada pembeli.

“Namun, jika hartanah yang dibeli hari ini pada harga RM350,000 itu jatuh kepada RM270,000 dalam tempoh lima tahun akan datang, yang bakal teraniaya adalah pembeli rumah dan pelabur dalam skim ini. Pemaju masih selamat kerana mereka sudah dapat 20 peratus dari mula lagi,” katanya.

Katanya, skim ini juga berpotensi dilihat sebagai penindasan kepada mereka yang kurang berkemampu­an untuk membeli hartanah.

“Skim ini memerlukan 20 peratus deposit dan secara purata berdasarka­n hartanah yang dipaparkan, pembeli memerlukan sekurang-kurangnya RM60,000 hingga RM80,000.

“Besar kemungkina­n, pembeli ini akan membuat

„ Cara pembelian rumah guna pendanaan awam menerusi Skim FundMyHome wajar dikaji serta dipantau rapi

pinjaman peribadi semata-mata untuk membuat bayaran deposit RM60,000 hingga RM80,000 ini. Usaha dan niat kerajaan sudah betul, namun khuatir jika hasilnya berbeza nanti,” katanya.

Beliau berpendapa­t, lebih baik pembeli merujuk kepada ejen hartanah yang diiktiraf supaya pembeli tidak terperangk­ap membeli stok hartanah tidak laku pada harga yang bakal merugikan.

“Lebih baik cari ejen hartanah yang bagus dan mohon mereka carikan rumah yang tidak memerlukan modal tinggi untuk dibeli dan mendapatka­nnya pada harga bawah pasaran,” katanya.

Menerusi konsep FundMyHome, pembeli rumah mempunyai pilihan sama ada untuk menjual atau terus menghuni kediaman masing-masing selepas tempoh komitmen tetap, iaitu lima tahun.

Mereka yang memilih untuk terus mendiami kediaman boleh membiayai semula rumah menerusi FundMyHome.com atau menerusi pinjaman bank, yang ketika ini merangkumi Kumpulan Maybank dan CIMB.

 ??  ??
 ?? Faizul Ridzuan ?? Jika semua hartanah yang dimasukkan dalam skim ini adalah jenis gred A dan B dan menguntung­kan, hartanah ini boleh dijual untuk membayar semula pelabur yang memberikan pinjaman 80 peratus”
Faizul Ridzuan Jika semua hartanah yang dimasukkan dalam skim ini adalah jenis gred A dan B dan menguntung­kan, hartanah ini boleh dijual untuk membayar semula pelabur yang memberikan pinjaman 80 peratus”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia