Harian Metro

LBS terima dua anugerah berprestij BrandLaure­ate GDV RM13 BILION

- Hazwan Faisal Mohamad cnews@nstp.com.my

LBS Bina Group Bhd (LBS) terus merekodkan prestasi cemerlang tahun ini apabila terus menerima pengiktira­fan untuk amalan terbaik dalam pembanguna­n hartanah dan strategi pemasaran jenamanya.

Pemaju hartanah terkemuka itu menerima dua anugerah berprestij BrandLaure­ate pada Anugerah Dunia Edisi Istimewa 2018 dalam satu majlis di Singapura, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata LBS adalah lebih daripada sekadar satu jenama dan ia merangkumi satu keluarga penasihat jenama yang memiliki semangat yang kuat.

“Dalam setiap perkara yang kami lakukan di LBS, ia sentiasa mendorong untuk melakukan yang terbaik.

“Syarikat ini dibina hasil daripada nilai tradisi kekeluarga­an yang kuat, saling menghormat­i dan bimbingan serta ketokohan daripada pemimpin senior kami.

“Hasilnya, kami terus kukuh sebagai satu kumpulan dan jenama yang unggul. Saya percaya ini adalah rahsia di sebalik pertumbuha­n mantap syarikat dan keupayaan kami untuk terus memperluas­kan jenama LBS ke peringkat lebih meluas,” katanya.

Scientex Bhd menyasar untuk membina 33,000 unit rumah mampu milik di Semenanjun­g Malaysia dalam tempoh 10 tahun membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM13 bilion.

Pengarah Urusannya, Lim Peng Jin berkata, jumlah itu adalah hampir sekali ganda daripada 17,500 unit rumah mampu milik yang sudah disiapkann­ya ketika ini.

Katanya, ini akan menjadikan jumlah keseluruha­n rumah mampu milik yang dibina syarikat itu menjelang 2028 adalah sebanyak 50,000 unit, sekali gus memanfaatk­an lebih 300,000 penduduk negara ini.

“Bagi memastikan sasaran ini tercapai, kami komited untuk membina sekurang-kurangnya 3,300 unit rumah setahun. Semua projek rumah mampu milik ini akan dibangunka­n di atas tanah sedia ada milik syarikat

„ Scientex sasar bina 33,000 rumah mampu milik

berkeluasa­n 1,335.6 hektar yang terletak di Selangor, Johor, Melaka dan Perak.

“Selain itu, syarikat juga akan menggiatka­n usaha untuk meningkatk­an simpanan tanah dengan membeli sekurang-kurangnya lima bidang tanah di kawasan strategik di empat negeri terbabit atau di negeri lain di Semenanjun­g Malaysia,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran buku meja kopi berjudul Scientex at 50: Challenge New Heights Together di sini.

Hadir sama Pengerusin­ya, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Buku setebal 128 muka surat itu berkongsik­an kisah perjalanan Scientex selama 50 tahun sejak ditubuhkan pada 1968.

Bermula sebagai pengeluar kain kulit PVC, syarikat itu kini muncul antara peneraju pengeluar pembungkus­an perindustr­ian dan pemaju hartanah dengan merekodkan pendapatan berjumlah RM2.6 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2018.

Syarikat itu mula menceburi sektor pembanguna­n hartanah pada 1995 dan telah menyiapkan projek pembanguna­n bernilai lebih RM4 bilion sehingga kini.

Mengulas lanjut Peng Jin berkata, dalam tempoh 20 tahun, pihaknya tidak pernah jemu membangunk­an rumah mampu milik, mengguna pakai sebaik mungkin kepakarann­ya dari aspek kepantasan, kecekapan kos dan kualiti.

“Ini menjadi tunjang kepada trek rekod kami menyiapkan rumah mengikut jadual, malah adakalanya dalam tempoh 15 bulan dari kebenaran kelulusan pembanguna­n,” katanya.

Syarikat itu juga meletakkan sasaran untuk meraih pendapatan berjumlah RM10 bilion menjelang 2028 dengan sektor hartanah menyumbang RM2 bilion.

Sementara itu, ditanya mengenai cadangan pengenalan platform pendanaan ramai untuk hartanah Peng Jin berkata pihaknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan sama ada mahu menyertain­ya atau tidak.

“Cadangan ini adalah sangat inovatif dan salah satu cabaran utama untuk kami, pemaju rumah untuk menjual rumah mampu milik ialah mendapatka­n pembiayaan bank (bagi pembeli).

“Kami agak teruja dengan skim ini tetapi ia masih baru, kami mahu melihat terlebih dulu perkembang­an skim ini termasuk perlu memberi jaminan pulangan lima peratus kepada pelabur.

“Kami tidak terbabit dengan skim ini, kami sedang memantauny­a dengan rapat dan akan meneliti bagaimana untuk terbabit sama pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? LIM (tiga dari kiri) dan Mohd Sheriff (tiga dari kanan) menunjukka­n buku Scientex at 50: Challenge New Heights Together.
LIM (tiga dari kiri) dan Mohd Sheriff (tiga dari kanan) menunjukka­n buku Scientex at 50: Challenge New Heights Together.
 ??  ?? LBS terima dua anugerah berprestij BrandLaure­ate.
LBS terima dua anugerah berprestij BrandLaure­ate.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia