Harian Metro

Menteri Untuk London lawat pelatih di Battersea

-

Kuala Lumpur: Menteri Untuk London, Jo Johnson mengadakan lawatan menemui pelatih yang bekerja di tapak Stesen Tenaga Battersea di Wandsworth untuk menandakan pekerja yang ke-1,000 ditempatka­n di situ di bawah Skim Pemadanan Kerja yang berjaya.

Tapak stesen tenaga itu dimiliki satu konsortium pelabur Malaysia dan Sime Darby Property adalah sebahagian daripada pemaju projek Stesen Tenaga Battersea yang ikonik di tengah London.

Sime Darby Property dalam satu kenyataan berkata, ia menunjukka­n bahawa United Kingdom terbuka untuk perniagaan ketika negara itu meninggalk­an Kesatuan Eropah.

Dua stesen baru sedang dibina, di Nine Elms dan Battersea dan ia dijangka siap pada 2020.

Johnson juga melawat tapak sambungan London Undergroun­d yang baru - di mana kerja terowong kini selesai, bersedia untuk menyambung Northern Line ke Battersea, yang sebelum ini disokong oleh pelaburan kerajaan menerusi pinjaman satu bilion pound Britain kepada Pihak Berkuasa Greater London.

Johnson berkata, ia pengalaman menarik untuk melihat sendiri kerja yang sedang berlangsun­g sebagai sebahagian daripada projek pembanguna­n semula di Battersea.

“Mercu tanda London ini digunakan sepenuhnya bagi memastikan kejiranan sedia ada berkembang, sambil menarik banyak perniagaan baru ke kawasan ini.

“Saya gembira dapat bertemu dengan beberapa orang yang mendapat kerja melalui skim Wandsworth dan berharap mereka terus berjaya di masa depan.

“Kejayaan ini berikutan usaha kerajaan untuk mewujudkan tiga juta perantis yang berkualiti - bertujuan untuk mengubah kehidupan anak-anak muda dan prospek perniagaan,” katanya.

Secara keseluruha­nnya, 150 pelatih bekerja dalam pembinaan sebagai sebahagian daripada projek Battersea - dalam pekerjaan yang terdiri daripada pemandu kren sehingga tukang kayu - dengan lebih daripada separuh datang daripada masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia