Harian Metro

DRAMA PETANG JUMAAT

- Agensi

Seorang lelaki membakar sebuah trak dan menikam tiga orang menyebabka­n seorang daripadany­a maut di jalan yang sibuk di Melbourne sebelum ditahan selepas ditembak polis, petang semalam.

Video tersebar di Twitter menunjukka­n lelaki itu menghayunk­an pisau ke arah anggota polis dengan kenderaan yang terbakar dilihat beberapa meter di belakangny­a di Burke Street.

Orang ramai juga dilihat mengelilin­gi seorang mangsa yang berlumuran darah terbaring atas kaki lima.

Polis dan orang awam termasuk seorang lelaki ‘bersenjata­kan’ troli beli-belah serta seorang lagi menggunaka­n kerusi - cuba menghalang­nya menghampir­i mereka sehingga dia rebah ditembak polis.

Polis kemudian bergerak dengan berhati-hati ke arahnya, manakala lori berkenaan meletup. Suspek kemudian ditahan.

Daily Mail melaporkan suspek dikenal pasti sebagai Holden Rodeo. Penyerang tunggal itu kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital, lapor The Age.

Menurut The Mirror, suspek mencampakk­an bahan letupan dalam traknya menyebabka­n kenderaan itu terbakar sebelum menyerang

„ Penyerang bersenjata­kan pisau bakar trak, serang orang ramai di pusat bandar Melbourne

orang ramai di jalan dan cuba menikam polis yang dikerahkan ke tempat kejadian.

Polis antikegana­san kini menyiasat kejadian itu yang menyebabka­n orang ramai yang membeli-belah serta mereka yang pulang daripada kerja bertempiar­an lari mencari perlindung­an.

Sementara itu, orang awam yang membantu polis menahan suspek dipuji sebagai wira di Twitter dengan lelaki yang menggunaka­n troli digelar ‘Trolley Man.’

Penolong Pengarang News.com.au, James Law bekata di Twitter: “Trolley Man adalah wira yang kita semua perlukan sekarang.”

Kawasan itu ditutup kepada orang ramai selepas kejadian berkenaan dan skuad bom turut dilihat memeriksa trak terbabit untuk memastikan tiada bahan letupan.

Sementara itu, Reuters memetik Polis Victoria berkata, tiada bukti kejadian itu berkaitan keganasan, namun mereka masih meneliti semua kemungkina­n.

 ??  ?? MANGSA yang cedera (terbaring) diberi bantuan. - Daily Mail
SUSPEK menyerang polis, manakala traknya dilihat terbakar di belakangny­a. - Agensi
MANGSA yang cedera (terbaring) diberi bantuan. - Daily Mail SUSPEK menyerang polis, manakala traknya dilihat terbakar di belakangny­a. - Agensi
 ??  ?? ORANG awam termasuk seorang lelaki menggunaka­n troli membantu polis menahan suspek. - Agensi
ORANG awam termasuk seorang lelaki menggunaka­n troli membantu polis menahan suspek. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia