Harian Metro

Periksa punggung lelaki gay cari bukti aktiviti songsang

-

Tunis: Tunisia memaksa lelaki disyaki gay menjalani ujian dubur, dakwa kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW).

HRW mendakwa ada juga ‘suspek’ dirampas telefon bimbit untuk mendapatka­n bukti supaya mereka mengaku melakukan aktiviti homoseks, lapor Daily Mail.

Maklumat diperoleh membolehka­n pendakwa menahan pula pasangan mereka seterusnya mendakwa bagi kesalahan liwat.

Aktivis mendakwa menemu bual enam lelaki yang didakwa pada 2017 dan 2018 berhubung kesalahan seks sejenis yang direlakan. Mereka mendakwa dipaksa membuat pengakuan, tidak dibenarkan mendapat khidmat peguam, selain dianiaya ketika dalam tahanan polis.

Mereka turut mendakwa dua lelaki didakwa selepas membuat laporan polis kerana diliwat. Pesalah lain ditahan berbulan-bulan dalam penjara, manakala tiga melarikan diri dari Tunisia dan memohon suaka di Eropah.

Seorang jurutera berusia 32 tahun mendakwa ditahan selepas pergi ke sebuah balai polis di Monastir pada Jun 2018 untuk membuat laporan diliwat beramai-ramai.

HRW mendakwa lelaki itu tidak dilayan sebagai mangsa, sebaliknya diarahkan menjalani pemeriksaa­n dubur untuk mengenal pasti sama ada dia ‘biasa mengamalka­n liwat.’

Selain itu, ia mendakwa seorang remaja ditahan tiga kali atas tuduhan liwat dan diarahkan menjalani pemeriksaa­n dubur, selain dipaksa mengikuti terapi di pusat penahanan juvana.

Menurut aktivis, pendakwa menggunaka­n kaedah itu untuk mencari bukti kejadian liwat dibuat dengan kerelaan, sedangkan taktik berkenaan ‘tidak boleh dipercayai, kejam dan menghina.’

HRW berkata, Tunisia menerima cadangan supaya menghentik­an pemeriksaa­n dubur secara paksa di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2017. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia