Harian Metro

HIDAP TRAUMA PERANG

- Agensi

„ Lelaki bunuh 12 orang dalam bar di California pernah bertugas di Afghanista­n

Lelaki yang menembak mati 12 orang dalam sebuah bar di sini kelmarin, adalah bekas askar Marin yang dihentikan tugas daripada tentera kerana mengalami masalah tekanan perasaan.

Malah menurut jiran, keadaan mental David Long, 28, turut menakutkan ibunya.

Lelaki itu melepaskan tembakan rambang dalam bar yang menjadi tumpuan pelajar mendengar muzik menyebabka­n 12 terbunuh sebelum dia membunuh diri dengan menembak dirinya.

Menurut laporan Daily Mail, lelaki itu berkelakua­n tidak menyenangk­an dan pakar mental polis pernah memeriksan­ya namun tidak menganggap­nya membahayak­an.

Namun, menurut jiran, ibu lelaki itu pernah menyatakan kebimbanga­n anaknya akan membawa keburukan kepada orang lain dan dirinya sendiri.

Long yang bertugas sebagai anggota Marin selama lima tahun antara 2008 dan 2013, pernah ditugaskan di Afghanista­n sebelum ditamatkan khidmatnya dengan pangkat koperal selepas disahkan mengalami tekanan perasaan pasca traumatik (PSTD). Dalam pasukan Marin, Long bertugas sebagai penembak mesingan dan pernah menerima sehingga 10 pingat keberanian.

Lelaki itu menyerbu masuk bar berkenaan dan melemparka­n bom asap sebelum melepaskan tembakan dengan pistol Glock .45 membunuh 11 orang iaitu Sean Adler, 48, Cody Coffman 22, Blake Dingman, 23, Jake Dunham, 21, Alaina Housley, 18, Justin Meek, 23, Daniel Manrique, Kristina Morisette, Telemachus Orfanos dan Noel Sparks.

Long kemudian menembak anggota polis, Sarjan Ron Helus, 54, yang meninggal dunia di hospital.

Sehingga ini 15 mangsa masih dirawat di hospital dan semalam, ratusan penduduk tempatan beratur untuk menderma darah bagi membantu mangsa.

Pasukan SWAT yang memasuki bangunan itu mendapati Long sudah tidak bernyawa selepas menembak dirinya.

 ??  ?? SEORANG mangsa yang terselamat menceritak­an detik-detik cemas ketika berada di bar berkenaan. - Agensi
SEORANG mangsa yang terselamat menceritak­an detik-detik cemas ketika berada di bar berkenaan. - Agensi
 ??  ?? LONG
LONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia