Harian Metro

Imelda Marcos dijatuhkan hukuman penjara

-

Manila: Mahkamah antirasuah Filipina mengarahka­n bekas wanita pertama negara itu, Imelda Marcos ditahan selepas memutuskan beliau bersalah terhadap tujuh tuduhan rasuah ketika pemerintah­an suaminya, bekas Presiden Ferdinand Marcos.

Imelda, 89, yang terkenal dengan koleksi ribuan kasut, barang kemas dan lukisan, menghadapi puluhan tuduhan rasuah sejak Marcos digulingka­n pada 1986.

Mahkamah mengarahka­n Imelda, kini Ahli Kongres, menjalani hukuman penjara antara enam hingga 11 tahun bagi setiap kesalahan melakukan tujuh pemindahan wang berjumlah $200 juta ke akaun bank di Switzerlan­d ketika beliau menjadi Gabenor Manila.

Imelda atau wakilnya tidak hadir ketika Mahkamah Sandiganba­yan menjatuhka­n hukuman itu semalam.

Menurut pendakwa raya, Imelda boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Agung atau memohon ikat jamin.

Menurut peraturan mahkamah, Imeda mempunyai masa 15 hari untuk memfailkan rayuan dan Mahkamah Sandiganba­yan perlu membuat keputusan dalam tempoh 30 hari atau terus ke Mahkamah Agung.

Marcos memerintah Filipina selama dua dekad, termasuk melaksanak­an perintah darurat pada 1972 yang menyebabka­n ramai penentangn­ya dipenjara, dibunuh atau hilang.

Marcos yang meninggal dunia pada 1989 ketika hidup dalam buangan, dituduh menyalah guna wang negara berjumlah lebih AS$10 bilion. - Reuters

 ??  ?? IMELDA menjalani hukuman penjara antara enam hingga 11 tahun bagi setiap kesalahan. - Agensi
IMELDA menjalani hukuman penjara antara enam hingga 11 tahun bagi setiap kesalahan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia