Harian Metro

Bangladesh tetap bertegas hantar pulang Rohingya

-

Phnom Penh: Bangladesh tidak menerima tawaran Kanada untuk menempatka­n pendatang Rohingya termasuk wanita yang menjadi mangsa rogol di negara mereka sebaliknya negara Asia Selatan itu mahu meneruskan rancangan kontrovers­i menghantar semula semua pelarian itu ke negara asal.

Kanada menawarkan tempat terhad untuk menerima pelarian yang memerlukan termasuk mangsa keganasan seksual pada Mei lalu susulan lawatan Menteri Luar, Chrystia Freeland ke Bangladesh dan tawaran berkenaan masih terbuka.

“Freeland berkata Kanada bersedia berbincang beberapa kes dengan Bangladesh,” kata sumber terbabit dalam krisis Rohingya yang enggan dikenali berikutan sensitivit­i isu berkenaan. “Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina berkata pihaknya akan melihat perkara itu,” kata sumber itu lagi sambil menambah, perbincang­an antara kedua negara masih berterusan dengan dibantu Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Myanmar pada Selasa lalu menggesa Bangladesh menghentik­an rancangan menghantar pulang ratusan pelarian Rohingya ke wilayah Rakhine bulan ini dan memberi amaran, mereka berdepan risiko tinggi untuk dihukum.

Agensi PBB berkata, lebih daripada 700,000 penduduk etnik Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh. - Reuters

„ Bangunan usang tanpa sistem pemadam api

di Korea Selatan terbakar

 ??  ?? POLIS dan bomba memeriksa tempat kejadian. - Agensi
POLIS dan bomba memeriksa tempat kejadian. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia