Harian Metro

Amalina dah kahwin

-

Lagu Mymuna terbaru daripada Santesh bawa melodi berbeza

Dalam pada itu,

Harry berkata, walaupun Mymuna kesinambun­gan daripada Amalina, melodinya berbeza. Kelainan turut ditampilka­n dalam muziknya dengan memasukkan elemen etnik seperti gendang dan tabla.

“Memang rezeki Santesh dapat menyanyika­n lagu ini. Amalina sebenarnya dicipta bagi dinyanyika­n anak lelaki saya, Mizan, 13.

“Amalina adalah rakan kelas sebelah anak saya. Apabila tiba hari rakaman, anak saya tak dapat buat kerana pulang ke rumah neneknya.

“Hari yang sama juga, Santesh menyanyika­n lagu Khalifah iaitu Assalamual­aikum Ustazah dan ‘tag’ saya di Instagram dan saya terus berminat,” katanya.

Harry mengibarat­kan Santesh seorang penyanyi yang unik dan tidak mengambil masa lama untuk menghubung­inya serta terus memberikan lagu Amalina.

“Dia terus rakam lagu itu serta-merta di studio di rumahnya dan hantar kembali kepada saya. Memang dia amat berbakat.

“Syarikat saya, Padu Records ada Santesh,

Asal Usul dan beberapa bakat lain. Namun buat masa ini fokus hanya pada Santesh. Saya tak nak kata dia anak emas kerana semua artis dianggap emas buat saya, tapi Santesh memang mendatangk­an rezeki kepada syarikat. Dia datang ke Padu Records berjumpa kami dan ia satu penghargaa­n. Lagu yang dicipta juga satu penghargaa­n buatnya,” katanya.

Harry yang juga pemain gitar kumpulan Khalifah berkata, dia masih aktif dengan kumpulan itu dan dalam proses merakamkan album terbaru.

“Saya komposer untuk album Khalifah. Setakat ini kami sudah menyiapkan empat lagu. Tinggal lagi enam lagu dan insya-Allah kami akan keluarkan album penuh tahun depan.

“Album masih dapat sentuhan kami sendiri iaitu saya dan Yabang. Konsepnya masih sama dan kami tak kisah dikata berkonsep kampung.

“Saya sebenarnya berterima kasih kepada anggota Khalifah kerana bagi ruang untuk berjalan. Mereka tak pernah merungut walaupun saya sibuk buat lagu untuk artis lain,” katanya.

Selain lagu Mymuna untuk Santesh, Harry juga sibuk menyiapkan lagu untuk Daniel Lawak Solo yang berjudul Siti Bilang Cuti.

 ??  ?? HARRY menganggap Santesh sebagai
penyanyi unik.
HARRY menganggap Santesh sebagai penyanyi unik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia