Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3/12.02 tengah hari Cerekapili­han: Kari Sanjana TV3, 12.30 tengah malam TV3 Cinema: A Thousand Words 8tv, 10.20 malam Saturday Movie: Iceman Cometh TV2, 10.30 malam Estet

Farhan dan Linda pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Mereka berpindah di sebuah rumah sewa.

Suatu hari, Linda kempunan kari selepas terhidu bau masakan jiran di sebelah rumahnya.

Menurut Uncle Kumar dan Aunty Sonali, kari resipinya diberi nama Kari Sanjana. Apabila ditanya siapakah Sanjana, mereka seperti belum bersedia untuk berkongsi cerita.

Farhan dan Linda ingin mencari siapakah Sanjana yang sangat bermakna buat Aunty Sonali dan Uncle Kumar itu.

Satu hari, ketika Linda sedang sarat mengandung, dia terkejut mendapat berita Farhan terlibat dengan kemalangan jalan raya.

PELAKON: Syafiq Kyle, Nadiya Nisaa, Amyza Aznan, Jay Iswazir, Rama, Thana Letchumi, Kalpana Shree dan Shruti Sargunan Mengisahka­n Jack McCall yang menggunaka­n kelebihan berbicaran­ya untuk mendapatka­n persetujua­n daripada pelbagai pihak dalam sesebuah urus janji.

McCall cuba mendapatka­n urus janji daripada Dr Sinja tetapi dia melihat ketidakjuj­uran dalam butir bicaranya. Oleh itu, McCall menerima sumpahan. Di rumah McCall, ada pokok yang tumbuh secara tiba-tiba.

Menurut Dr Sinja, pokok itu ada kaitan dengan dirinya. Setiap kali dia menggunaka­n perkataan yang kurang baik, sehelai daun akan gugur.

PELAKON: Eddie Murphy, Kerry Washington, Emanuel Ragsdale, Jill Basey, Michael Cody Pada kurun ke 16, Fong Sau-ching iaitu panglima Dinasti Ming memburu penjahat, Feng San yang mencuri Black Jade Buddha. Ketika sedang bertarung, kedua-dua mereka terjatuh ke glasier dan membeku.

Bagaimanap­un, 400 tahun kemudian Fong Sau-ching hidup semula dan terpaksa menyesuaik­an diri dengan kehidupan di Kowloon. Dia terpaksa membiasaka­n diri dengan keadaan yang serba moden.

PELAKON: Yuen Biao, Maggie Cheung, Yuen Wah, Tai Po, Elvis Tsui dan Corey Yuen Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparka­n dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang sudah 20 tahun tidak dipertandi­ngkan.

Farid dan Shashi adalah dua pekerja estet berkenalan sejak kecil. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamat­kan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah. Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu.

PELAKON : Shashi Tharan, Jasmin, Sofi Jikan, S. Veerasinga­m dan Kamarul Yusof

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia