Harian Metro

BERKELANA SEKITAR PULAU DI MALAYSIA

-

Dua pelakon iaitu Ana Dahlia dan Mona Allen akan membawa penonton bercuti ke pulau di sekitar Malaysia menerusi program Kelana Pulau yang ditayangka­n setiap Sabtu mulai jam 10.30 malam ini.

Sepanjang 13 episod program ini, penonton bukan saja dapat berkongsi info lokasi pilihan percutian mengujakan sebaliknya juga dapat merangka perbelanja­an yang mahu digunakan dengan bajet yang minimum.

Lokasi pertama mereka kunjungi adalah Pulau Pangkor. Mereka menaiki motosikal sekitar pulau dan mencari Kota Belanda yang penuh sejarah serta menjamu selera di Hasnah Corner serta mencuba beberapa aktiviti lasak.

Di Selangor pula Ana dan Mona ke Pulau Carey serta singgah di Kampung Sungai Bumbun menonton tarian dan keramaian Orang Asli. Seterusnya ke Pulau Ketam menikmati makanan di gerai Cik

Ina, satu-satunya gerai masakan Melayu di situ.

Kembara mereka tiba di Johor dan lokasi dipilih Kota Tinggi. Mereka menyingkap beberapa mercu tanda di sekitar bandar itu.

Mereka kemudian mengunjung­i ATV Park di Kota Tinggi dan mencuba motosikal pacuan roda empat mengelilin­gi sebuah ladang kelapa sawit.

Seterusnya di Mersing, mereka singgah di Taman Laut Sultan Iskandar dan menaiki kereta kuda seterusnya ke kilang membuat keropok lekor.

Selepas itu mereka menaiki bot dari jeti Tanjung Leman pergi ke Pulau Tinggi. Di

Pulau Tinggi itu mereka berkayak, membuat 'scuba diving' dan mengutip siput.

Episod di Pahang membawa mereka ke Temerloh yang sememangny­a terkenal dengan gulai ikan patin. Kemudian bersiar-siar menyeberan­gi jambatan gantung Sungai Semantan dan ke pusat penjagaan gajah Kuala Gandah di Lancang yang juga satusatuny­a pusat konservasi gajah terbesar di negara ini. Pengunjung juga dapat melihat habitat gajah dan rusa serta haiwan seperti ular sawa dan burung merak.

Di Cameron

Highlands pula, mereka melengkapk­an aktiviti dengan bersiar-siar di taman bunga dan ladang strawberi sambil mencuba pelbagai resipi berasaskan strawberi.

Terletak di lokasi strategik, mereka berkunjung ke Ipoh,

Perak dan bersiar-siar dan berkongsi paparan mengenai Stesen Kereta Api, Dataran Ipoh, Bangunan Perbandara­n Ipoh, Kelab Rotary Ipoh, Perpustaka­an Tun Razak dan Memori Lane yang terdapat barang antik.

Seterusnya ke destinasi gunung bertasik iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang yang mempunyai tasik besar dan boleh menaiki bot menikmati pemandanga­n bukitbukau di sekitar tasik itu. Mereka juga melawat medan selera yang dikenali sebagai Plan B dan muzium pengarah Yasmin Ahmad

Nun jauh di utara, episod di negeri Perlis, aktiviti menarik melawat Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis. Perjalanan mereka diteruskan sehingga Padang Besar yang terletak di sempadan Thailand dan membeli barang.

Mereka meneruskan destinasi ke Pulau Pinang untuk bersiar-siar di mercu tanda popular seperti Padang Kota Lama, Fort Cornwallis, Esplanade, Menara Jam dan Muzium Terbalik.

Program ini diakhiri kunjungan ke Langkawi dan singgah di mercu tanda Dataran Lang sebelum mendapat petunjuk untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pantai Pasir Hitam.

 ??  ?? ANA (kiri) dan Mona.
ANA (kiri) dan Mona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia