Harian Metro

Tembok tinggi keliling rumah

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Idea luar biasa beri peluang penghuni nikmati pemandanga­n langit dan kanopi pokok

bangunan The Roofless House yang terletak di pinggir bandar Atherton, California, Amerika Syarikat disifatkan sebagai idea luar biasa kediaman sentuhan firma tempatan, Craig Steely Architectu­re.

Memandangk­an bukaan ruang ruang bagi pembinaan kediaman begitu terhad selain dikeliling­i pokok dan vila mewah, membina rumah biasa bukanlah pilihan yang bijak.

Akhirnya Craig Steely Architectu­re memutuskan untuk meletakkan tembok tinggi sekeliling rumah terbabit.

Rumah setingkat yang menekankan konsep terbuka kelihatan menonjol berbanding kediaman lain di Lembah Silikon itu kerana rekaan The Roofless House memberi peluang penghuniny­a untuk menikmati pemandanga­n semula jadi secara memanjang ke atas.

Wakil firma berkenaan menyifatka­n penghuni kediaman di lokasi beriklim sederhana itu mengingink­an masa dihabiskan di luar, tapi kedudukan hartanahny­a yang panjang dan sempit menawarkan pandangan kurang optimum.

“Pemilik tidak boleh mengelak daripada pemandanga­n yang terarah kepada kediaman sekeliling iaitu rumah pinggir bandar yang biasa, besar dan kosong.

“Oleh itu, pasukan kami mencari alternatif iaitu mahu penghuni tidak bergantung kepada pandangan mendatar lagi.

“Penyelesai­an kami ialah penghuni kediaman ini menikmati pandangan menghala ke atas iaitu kanopi pokok dan langit yang sentiasa berubah.

“Ia dicapai menerusi pembinaan tembok kayu setinggi 4.4 meter mengelilin­gi rumah. Reka bentuk pembinaan dinding atau pagar kayu ini melengkung.

“Ia menutupi rumah sepenuhnya, menghalang pandangan yang kurang diingini, memfokuska­n pada pandangan lebih bermakna dan mewujudkan minat terhadap cahaya matahari dan pergerakan bayangbaya­ng sepanjang hari,” katanya.

Sementara itu, di bahagian dinding dalam kediaman pula terdapat bumbung berpermuka­an rata iaitu dinikmati sebagai ruang bagi menempatka­n suite utama dan bilik tidur.

Sebahagian ruang lain pula menawarkan konsep terbuka termasuk halaman terbuka dan turut dilengkapi pintu kaca besar, berfungsi sebagai pintu masuk utama kediaman. Di luar dinding adalah garaj dan suite tetamu.

Idea bilik terbuka dan lapang menerusi pintu kaca yang boleh dilaras menyediaka­n akses ke halaman. Penggunaan material seperti lantai ‘travertine’ dan dinding berkayu cedar sepadan dengan konsep mesra alam.

Hartanah berkenaan turut diselimuti rumput asli yang meliputi dari ruang jalan kaki ke dinding melengkung. Tapak kediaman terbabit juga dipenuhi dengan pokok oak dan kayu merah liar selain pokok birch yang baru ditanam.

 ??  ?? DINDING kaca boleh dibuka membantu akses ke laman terbuka. TEMBOK kayu dibina mengelilin­gi kediaman. RUMPUT menjadi landskap di laluan pejalan kaki. FOKUS pemandanga­n ke atas iaitu langit dan
kanopi pokok. HALAMAN terbuka untuk tetamu dan penghuni bersantai.
DINDING kaca boleh dibuka membantu akses ke laman terbuka. TEMBOK kayu dibina mengelilin­gi kediaman. RUMPUT menjadi landskap di laluan pejalan kaki. FOKUS pemandanga­n ke atas iaitu langit dan kanopi pokok. HALAMAN terbuka untuk tetamu dan penghuni bersantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia