Harian Metro

Peruntukka­n masa untuk berkebun

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Sejak usia tujuh tahun wanita ini gemar mengikut ibu dan ayah menanam pokok bunga dan buahbuahan di belakang rumah. Selepas melihat cara mereka membuat semaian dia mula menjalanka­n eksperimen sendiri. Betik yang dibeli di pasar diambil bijinya kemudian disemai di kawasan lapang di hadapan rumah.

“Setiap pagi sebelum ke sekolah saya menyiram pokok betik itu sehingga membesar dan mengeluark­an hasil. Memang sangat teruja apabila kami sekeluarga dapat makan buah betik yang saya tanam. Sejak itu saya semakin mencintai aktiviti berkebun kerana banyak faedah diperoleh,” ujar Nur Aida Md Zainuddin, 33, mengimbau kenangan lalu.

Selepas menamatkan pengajian dan mempunyai kerjaya sendiri, Nur Aida mula mencari peralatan di nurseri termasuk pasu dan tanah dengan harapan dapat membina kebun mini di rumah. Bermula dengan tumbuhan herba kegunaan harian seperti pandan, lengkuas dan serai Nur Aida menambah kepada pokok kantan, bawang, kari, limau purut, kailan, cili dan kaduk yang semuanya digunakan dalam masakan harian.

Dia kemudian menambah pengetahua­n kepada herba yang mempunyai nilai perubatan tinggi. Nur Aida mula mencari benih pokok belalai gajah, teh ramarama, cekur, sirih dan halia bara yang disemai di dalam pasu di kawasan sekitar rumah. Semua tumbuhan ini mudah hidup, cuma memerlukan air, pencahayaa­n yang baik dan baja organik. Kala bersua muka, wanita jelita ini masih sama seperti yang penulis kenali lima tahun lalu. Ramah berbicara dan lembut tutur katanya. Padanan sut kuning dengan blaus putih menyerlahk­an aura dan gayanya yang sentiasa mencuri tumpuan.

Inilah Pengarah Urusan merangkap pereka dan pengasas Minaz, Hafiza Abd Hamid atau mesra disapa Pija.

Ketika rancak berbicara daripada isu semasa, keluarga dan jatuh bangun dalam perniagaan jelas ibu kepada tiga cahaya mata ini, lapan tahun membina jenama ia bukanlah sesuatu yang mudah. Perkara paling mencabar adalah mengekalka­n momentum iaitu perkara paling sukar dilalui kebanyakan usahawan di Malaysia.

“Ya memang betul, semua orang boleh berniaga. Ada modal, beli kain terhasilla­h jenama sendiri. Tetapi bagaimana mahu mengekalka­n kelangsung­an dalam perniagaan itulah yang sukar, sebab itu pada saat ekonomi merudum ramai usahawan bertukar bidang atau tutup kedai,” katanya.

Ketika ditanya cara dia mengumpul pelanggan setia yang sanggup menunggu di pintu kedai sesudah Subuh, juga ribuan pengikut di serata Malaysia dengan penubuhan kelab peminat Minaz Lovers (merujuk kepada pengikut setia Minaz) sekitar September dua tahun lalu, dia memberikan jawapan ringkas - fokus dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk pelanggan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia