Harian Metro

Buat pelanggan rasa dihargai

- DARI MUKA 55

“Saya akur fesyen datang bersilih ganti, namun saya mengelak mencuba perkara di luar kemampuan. Bohong kalau tidak teruja untuk mencuba bidang berbeza, kosmetik misalnya.

Saya tahu sejauh mana kemampuan dan mahu memberi tumpuan kepada busana sedia dipakai berkonsepk­an elegan dan mewah. Malah saya masih berada dalam industri fesyen wanita dengan mengembang­kan perniagaan kepada pakaian kasual kanakkanak,” katanya.

Di sebalik senyuman manis, Hafiza mengakui dia turut berdepan cabaran terutama membabitka­n pelanggan sehingga pernah menyatakan hasrat untuk menjual perniagaan dan berhijrah ke luar negara. Namun apabila memikirkan dia mempunyai 42 kakitangan yang perlu disara, hasrat mengundur diri dipendam saja.

“Dua tahun lalu, saya dan suami diuji hebat. Apatah lagi cabaran ini datang pada masa paling kritikal dalam industri pakaian. Ia bermula apabila kami memperkena­lkan sistem prapesanan untuk baju raya. Sebenarnya kami sedaya upaya menyediaka­n pakaian mengikut jadual, namun ia berlaku disebabkan kelewatan fabrik dan terdapat kerosakan pada kain sekali gus menimbulka­n rasa cemas kepada pelanggan.

“Oleh kerana pesanan sudah dibuat jadi kami terlepas pandang berkaitan kerosakan fabrik sehingga menyebabka­n pelanggan meluahkan kekecewaan dan rungutan di media sosial,” katanya.

Menurut Hafiza, dia tidak mengambil masa yang lama menyelesai­kan masalah itu dan terus memohon maaf kepada mereka. Katanya lagi, persekitar­an ekonomi yang kurang baik juga memberi kesan kepada penjualan tahun lalu.

Jadi dia mengambil pendekatan dengan memperbany­akkan rekaan, tetapi mengurangk­an kuantiti agar kekal eksklusif.

“Saya dapati pelanggan memang mahukan busana yang elegan dan mewah tetapi boleh digayakan ke pelbagai majlis. Mereka juga tidak kisah mengenai harga asalkan cantik dan menarik. Inilah yang saya cuba kekalkan terutama rekaan khusus untuk pelanggan Minaz Lovers agar mereka rasa lebih dihargai dan istimewa,” kongsinya yang menjadikan Dior, Elie Saab dan Zuhair Murad sebagai inspirasi.

Namun langit tidak selalunya cerah dan laut tidak selalunya tenang apabila dia dan suami diuji lagi dengan sihir dan gangguan daripada mereka yang tidak senang dengan apa yang dikecapi. Berpegang kepada janji Allah rezeki itu adalah pemberian-Nya Hafiza tidak mudah melatah sebaliknya meletakkan 100 peratus keyakinan kepada Maha Pencipta dan Maha Pemberi Rezeki.

“Saya yakin tiada siapa yang mampu menghalang kekuasaan Allah. Sentiasa berdoa, saya percaya dengki, khianat dan iri hati tidak dapat mengatasi kekuasaan-Nya,” ujarnya yang kini masih berubat menggunaka­n perubatan Islam.

BERMULA HOBI KINI USAHAWAN TERKENAL

Bercerita mengenai perniagaan, anak sulung empat beradik yang fasih berbahasa Korea ini sebenarnya berasal daripada keluarga peniaga. Keluarga Hafiza iaitu bapa saudaranya menjadi pelopor bisnes apabila membawa batik Terengganu sehingga ke Brunei.

Pendedahan awal ini membuatkan Hafiza yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam tertarik dengan seni halus dan membantu ibu mencanting batik di kedai.

Bidang perniagaan bermula apabila dia bertemu tukang jahit di Masjid India. Daripada situ dia membeli kain secara kecil-kecilan di gedung beli-belah dan menghasilk­an dua hingga tiga helai pakaian saja.

“Tidak sangka jualan pakaian meningkat dari hari ke hari. Ketika itu saya menggunaka­n kereta Kelisa bagi mengangkut barangan jualannya ke bazarbazar sekitar Lembah Klang. Pertambaha­n stok menyebabka­n saya terpaksa meminjam kereta ibu. Lama-kelamaan terpaksa menyewa lori kerana barangan yang semakin bertambah,” katanya tersenyum.

Ujarnya, impak perniagaan meningkat pada 2012 apabila kemunculan fesyen Hana Tajima. Dia pula bijak mengikut gaya semasa dengan memperkena­lkan baju kurung, gaun labuh, skirt yang dijual menerusi Facebook.

“Saya mengambil inspirasi padanan Korea seperti gaun labuh dan skirt yang begitu popular di sana. Saya ubah suai mengikut persekitar­an dan pemakaian wanita Muslimah. Namun motif flora yang menjadi tanda pengenalan saya kekalkan sehingga kini termasukla­h penggunaan fabrik renda lembut.

“Saya bersyukur kerana jualan meningkat setiap bulan. Daripada

100 hingga 200 helai pakaian dan berkembang dengan jumlah pesanan menjangkau 3,000 hingga 4,000 helai.

“Inilah detik terindah apabila saya mampu membuka butik pertama di Seri Bangi, Selangor. Kemudian berpindah lokasi di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi kemudian di Bangi Sentral,” katanya.

Berhasrat mengembang­kan jenama ke luar negara terutama di kota London serta menembusi pasaran United Kingdom. Sering mengikuti pertunjuka­n fesyen terutama di Timur Tengah kerana wanita di sana begitu menyukai rekaan yang ditampilka­n cuma untuk menyediaka­n dalam jumlah yang besar memerlukan perancanga­n rapi.

“Saya faham rekaan di sana amat berbeza. Jadi kami perlu menetapkan jenis fabrik dan warna serta rekaan yang berbeza dengan Malaysia.

“Buat masa sekarang, saya mahu menumpukan kepada pakaian kasual serta jenama haruman yang diperkenal­kan dua tahun lalu, krim bayi dan kanak-kanak serta minuman kesihatan,” katanya mengakhiri perbualan.

 ??  ?? BIJAK dan cantik serta peka dengan
fesyen semasa.
BIJAK dan cantik serta peka dengan fesyen semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia