Harian Metro

Ada koleksi pokok jarang ditemui

Nur Aida guna baja organik 100 peratus termasuk air basuhan beras

- DARI MUKA 55

“Sayuran herba menjadi kegilaan saya. Sebab itu saya menambah pokok temu lawak, serai wangi dan sirih Cina yang turut menjadi tumpuan saudara mara dan jiran tetangga,” katanya.

Berbanding bungabunga­an, jelas Nur Aida, dia kurang berminat kecuali mawar kampung yang ditanam bersebelah­an pohon anggur. Ini kerana pokok bunga mawar mampu melindungi anggur sekiranya diserang penyakit. Ia menjadi

‘pagar’ yang akan ‘sakit’ dahulu sebelum penyakit menyerang pokok anggurnya.

“Sekiranya pokok mawar berpenyaki­t saya akan cepat rawat sebelum ia merebak ke pokok anggur. Saya juga amalkan minum air bunga mawar dan cuci muka menggunaka­n pati mawar ini untuk menaikkan seri,” katanya yang kini mempunyai koleksi pokok jarang ditemui seperti anggur hijau, merah dan hitam selain kemunting, markisa, bidara, mulberi dan pelbagai jenis limau termasuk lemon, kasturi dan limau nipis.

Mengenai penjagaan pula, Nur Aida yang memiliki firma guaman di Klang mengakui menggunaka­n semua baja organik 100 peratus seperti air basuhan beras, ikan, makanan laut contohnya udang, sotong dan ketam.

Dia juga turut menggunaka­n baja roti menerusi kaedah penyimpana­n atau diperam selama tujuh hari bagi menghasilk­an mineral dan kandungan kalsium yang diperlukan tumbuhtumb­uhan ini.

“Caranya mudah saja ambil sekeping roti yang sudah tamat tempoh dan rendam dalam 1.5 liter air bebas klorin. Biasanya saya guna air hujan atau air tadahan pendingin hawa. Peram sehingga tujuh hari sebelum ia boleh digunakan.

“Saya turut menggunaka­n baja daripada kulit telur. Caranya telur yang sudah digunakan saya simpan kulitnya, cuci bersih dan jemur sehingga kering. Selepas itu kisar dan simpan di dalam bekas. Tabur pada sekeliling pangkal pokok untuk membekalka­n kalsium,” katanya yang turut menggunaka­n perisa makanan sebagai baja bagi mempercepa­tkan pertumbuha­n pucuk baru, menggalakk­an pokok berbunga dan berbuah lebih lebat.

Percaya berbudi pada tanah sangat besar hasilnya dia yang bertugas sebagai peguam dan juga ibu tunggal mengakui setiap hari jadual harian sibuk dengan janji temu dan apabila pulang ke rumah perlu menguruska­n anak sendirian.

“Hobi berkebun membantu menghilang­kan tekanan bekerja selain manfaat hasilnya apabila saya dapat menikmati sayur-sayuran segar tanpa bahan kimia sekali gus tidak membahayak­an kesihatan.

“Ini menjimatka­n kos perbelanja­an dapur kerana untuk memasak saya hanya perlukan sedikit saja.

Jadi apabila perlukanny­a petik saja di belakang rumah,” ujarnya yang mendapat bantuan anak perempuann­ya yang turut mempunyai minat yang sama. Kebiasaann­ya dia akan bangun awal pagi dan membantu menyiram pokok di halaman rumah.

“Pada waktu cuti kami peruntukka­n untuk mengemas kini tanaman dan menanam pokok baru. Aktiviti ini amat menyeronok­kan sebenarnya selain merapatkan hubungan saya dan anak,” katanya.

Dia menasihati wanita yang baru mencuba untuk bercucuk tanam supaya memulakan dengan penanaman bawang kerana ia mudah hidup dan senang dijaga. Paling bagus menanam bawang putih yang mampu menghalang tumbuhan lain daripada diserang serangga memandangk­an baunya yang kuat. Daun bawang juga boleh digunakan dalam masakan kerana aromanya yang segar dan enak.-Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? NUR Aida teruja melihat anggur hijau yang hidup subur
di kebun mini miliknya.
NUR Aida teruja melihat anggur hijau yang hidup subur di kebun mini miliknya.
 ??  ?? ANTARA tumbuhan herba yang diusahakan Nur Aida.
ANTARA tumbuhan herba yang diusahakan Nur Aida.
 ??  ?? SAYUR-SAYURAN yang ditanam di dalam pasu bagi menjimatka­n ruang.
SAYUR-SAYURAN yang ditanam di dalam pasu bagi menjimatka­n ruang.
 ??  ?? MULBERI yang kini dapat dinikmati
hasilnya.
MULBERI yang kini dapat dinikmati hasilnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia