Harian Metro

‘Belaian’ redakan tekanan emosi

- Siti Zarinah sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Urutan holistik guna minyak serai khas

mampu perbetul urat badan

Bagi wanita perkara paling membahagia­kan apabila dapat merehatkan minda serta memanjakan diri di pusat rawatan kecantikan dan spa yang tentunya menjadi lokasi idaman mereka pada setiap bulan.

Apatah lagi sekiranya sang suami sangat memahami tekanan emosi si isteri yang bekerja tanpa mengira waktu dan sanggup menaja rawatan kecantikan daripada hujung rambut hingga kaki.

Menurut Pengasas Nu’ Della Holistik Spa Norulhana Abd Razak, sifat lahiriah wanita sememangny­a ingin dimanja. Urutan dan rawatan wajah salah satu cara ‘belaian’ yang dapat mengurangk­an tekanan emosi selepas seharian bekerja.

“Dari sudut psikologi, pengurusan mental lebih penting berbanding fizikal. Minda yang tertekan dan penat akan terpancar menerusi wajah yang kuyu dan kusam. Kurang bersemanga­t, badan terasa lemah dan sering mengantuk.

“Kesan kurang rehat kadangkala terpapar pada wajah. Kulit mungkin ditumbuhi jerawat dan jeragat. Cara terbaik menanganin­ya dengan melakukan urutan seluruh tubuh dan rawatan wajah yang mampu mengembali­kan keserian agar kulit tampak lebih bermaya,” katanya.

Tanpa mengira wanita berkerjaya atau suri rumah, Norulhana menegaskan kedua-duanya menjalanka­n tanggungja­wab yang tidak kurang hebatnya. Masingmasi­ng ada peranan yang perlu dilaksanak­an. Suri rumah dengan tugasan menguruska­n anak dan tanggungja­wab memastikan rumah dalam keadaan kemas. Wanita bekerjaya pula perlu berada di pejabat lapan jam sehari kemudian selepas pulang urusan rumah terletak di bahu mereka.

“Tiada istilah wanita bekerjaya lebih penat atau dibebani lebih tugas berbanding suri rumah.

Apa yang penting tahu mencari ruang untuk diri sendiri. Walau sesibuk mana sekalipun, perlu cari masa. Suami pula perlu faham dan beri ruang kepada isteri untuk merehatkan minda sambil badan diurut lembut,” katanya.

Memahami keperluan wanita, spa ini menyediaka­n urutan holistik menggunaka­n minyak serai khas bagi memperbetu­lkan urat badan. Bahagian belikat dan tengkuk iaitu titik tumpu yang sering mengalami masalah ditekan dan diurut bagi membuang angin.

Jelas Norulhana, urutan ini bukan saja dikhususka­n pada bahagian tubuh saja sebaliknya wajah bagi mengekalka­n keserian.

“Urutan menggunaka­n minyak seri wajah mampu mengurangk­an garis halus dan lemak pada bahagian pipi dan dagu. Ia dapat mengembali­kan bentuk muka agar lebih runcing,” katanya.

Selain badan, kebanyakan wanita sering terlupa kepada penjagaan rambut yang menjadi mahkota penting. Keguguran rambut, rambut bercabang dan berkelemum­ur masalah biasa yang sering dihadapi semua wanita. Penggunaan syampu yang salah, tidak mencuci rambut setiap hari dan mengabaika­n rawatan rambut membuatkan masalah menjadi semakin kronik.

“Ini kerap berlaku kepada wanita berhijab dan memiliki rambut panjang melepasi bahu. Mereka yang berambut panjang harus lebih konsisten menjaga rambut. Cuci rambut dengan cara menggosok kulit kepala menggunaka­n syampu khas. Kemudian bilas menggunaka­n air sejuk, letakkan perapi dan serum.

“Rawatan dengan bahan tradisiona­l seperti buah keras, santan dan pandan wangi adalah petua orang terdahulu yang bagus untuk rambut. Tetapi, ramai mengabaika­nnya disebabkan sukar menyediaka­n bahanbahan ini,” katanya.

Katanya, rawatan yang dilengkapi skrub dapat melancarka­n pengaliran darah dan membekalka­n oksigen ke seluruh kepala menjadikan pertumbuha­n rambut lebih baik dan kesegaran berpanjang­an.

Untuk wajah pula, bagi memberikan kelainan spa ini menyediaka­n rawatan wajah dari Mesir dengan keunikan bahan terapi magnetik yang dapat menyingkir­kan kotoran secara mendalam. Bahan mewah pencuci muka berasaskan emas bertujuan menjadikan kulit tampil anjal.

“Ia turut dilengkapi topeng berasaskan aloe vera bagi menyamanka­n kulit. Aloe vera diakui tumbuhan yang bukan saja bagus untuk merawat rambut gugur, tetapi juga menjadikan kulit lebih lembut dan lembap,” ulasnya.

Secara keseluruha­nnya jika sayangkan diri, wanita perlu cari peluang rehatkan minda dan berikan tumpuan dengan merawat tubuh dan wajah di spa. Rawatan secara keseluruha­n atau holistik dapat mengelak masalah tekanan dan kemurungan terutama mereka yang baru saja melahirkan anak. Ia juga sebagai persediaan untuk bakal pengantin.

 ??  ?? RAWATAN holistik merangkumi badan, muka dan rambut.
RAWATAN holistik merangkumi badan, muka dan rambut.
 ??  ?? URUTAN badan mengembali­kan kesegaran dan melancarka­n pengaliran darah.
URUTAN badan mengembali­kan kesegaran dan melancarka­n pengaliran darah.
 ??  ?? LAKUKAN rawatan rambut untuk kelemumur atau rambut gugur pada setiap bulan.
LAKUKAN rawatan rambut untuk kelemumur atau rambut gugur pada setiap bulan.
 ??  ?? SKRUB wajah bagi membuang kotoran dan sel kulit mati.
SKRUB wajah bagi membuang kotoran dan sel kulit mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia