Harian Metro

Gaya moden berciri klasik

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Himpunan barang kemas mewah kaya motif ketimuran, unsur alam

Berhasrat memodenkan cara pembelian barangan kemas di kedai kepada dalam talian, jenama Zvoca berkolabor­asi dengan pereka fesyen terkenal Khoon Hooi melancarka­n himpunan barangan kemas mewah malar segar khusus untuk wanita.

Hadir bersama koleksi lengkap anting-anting, gelang, cincin, rantai dan loket semuanya menggabung­kan latar tradisiona­l ketimuran dengan rencah kontempora­ri bagi memberikan gaya moden buat si pemakai.

Untuk koleksi sulung ini, Khoon Hooi mengetenga­hkan elemen tradisi dengan tarikan alam semula jadi yang membawa pelbagai maksud.

Setiap elemen mewakili nilai positif yang sesuai digayakan dalam semua acara termasuk tahun baru, keraian seperti perkahwina­n, hari jadi dan semua perayaan yang menghadirk­an rasa ceria, kegembiraa­n, cinta dan keseronoka­n dalam kehidupan.

Pereka ini mengambil inspirasi daripada buluh yang lasak dan ditampilka­n penuh berseni untuk rekaan antinganti­ng dan gelang. Selain itu flora dan fauna dengan motif bunga plum turut diambil bagi mengetenga­hkan unsur alam.

“Bunga plum lazimnya mekar dan subur walaupun dalam cuaca dingin dan bersalji. Oleh itu, motif ini sesuai dizahirkan untuk rekaan anting-anting, cincin dan gelang yang memberikan keyakinan kepada si pemakai,” katanya.

Selain itu rekaan berasaskan bunga peony yang melambangk­an kasih sayang dan ciri penuh kemakmuran menjadi rencah dalam lakaran pereka.

Kelopak peony ini dihidupkan dalam bentuk hiasan cincin dan antinganti­ng. Ia turut dilihat sebagai lambang tuah dan perkahwina­n bahagia, yang menjadikan­nya hadiah sesuai untuk pasangan anda. Elemen ini juga sebagai penghormat­an keada simbol oriental yang diturunkan daripada satu generasi ke generasi lain.

Gabungan antara nilai estetika dalam rekaan

Zcova dan Khoon Hooi memperliha­tkan gaya moden namun bercirikan klasik.

Menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif Zcova, Low

Ziyin, sebagai jenama Malaysia, Zcova teruja berkongsi kepakaran dalam menghasilk­an rekaan barangan kemas bagi mengembang­kan lagi komuniti seni dan rekaan tempatan.

“Kami tertarik dengan kehalusan dan ketelitian Khoon Hooi menghasilk­an rekaannya. Malah ia menepati tafsiran moden barangan kemas yang bertahan seiring masa dengan inspirasi tradisiona­l ketimuran dan kontempora­ri,” katanya.

Bagi Khoon Hooi pula dia tidak mampu melepaskan peluang ini kerana rekaan barangan kemas adalah sesuatu yang berbeza dan tidak pernah dihasilkan sebelum ini.

“Saya mengalu-alukan kolaborasi ini sebagai sinergi antara dua jenama yang berpotensi menzahirka­n kreativiti serta rekaan terbaik. Menerusi bimbingan, Zcova mendorong saya mencipta rekaan yang dekat dengan akar umbi sebagai rakyat Malaysia,” komen Khoon Hooi.

Menyifatka­n semua barangan kemas menzahirka­n simbol tuah untuk si pemakai, ia juga sebagai manifesto ikatan cinta buat yang teristimew­a. Meskipun koleksi ini kaya motif ketimuran, setiap satunya versatil dan sesuai digayakan sepanjang zaman.

 ??  ?? RANTAI tampil bergaya untuk hiasan peribadi wanita.
RANTAI tampil bergaya untuk hiasan peribadi wanita.
 ??  ?? REKAAN kipas untuk wanita elegan.
REKAAN kipas untuk wanita elegan.
 ??  ?? CORAK bunga-bungaan menjadi inspirasi penghasila­n barangan kemas Zcova.
CORAK bunga-bungaan menjadi inspirasi penghasila­n barangan kemas Zcova.
 ??  ?? HIASAN berasaskan unsur alam. ANTING-ANTING unik dan tradisi.
HIASAN berasaskan unsur alam. ANTING-ANTING unik dan tradisi.
 ??  ??
 ??  ?? REKAAN unik ilham pereka Khoon Hooi.
REKAAN unik ilham pereka Khoon Hooi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia