Harian Metro

Rooney Jatuh Cinta Di AS

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Selepas lebih 16 tahun bermandi peluh di Liga Perdana Inggeris (EPL), Wayne Rooney mengambil keputusan untuk berhijrah dan pilihannya ialah Amerika Syarikat negara yang tidak menjadikan bola sepak sebagai sukan nombor satu tapi dalam masa sama sudah banyak melakukan perubahan.

Tujuan Rooney berhijrah adalah disebabkan faktor usia dan Amerika Syarikat adalah lokasi terbaik bukan saja dari segi pemasaran malah dalam masa sama berkongsi ilmu sukan berkenaan.

Selaku salah seorang bekas penyerang muda terbaik dunia ketika mewakili Everton dan Manchester United,

Rooney mengakui bahawa negara ‘Uncle Sam’ ini bukan lokasi mudah atau boleh bersantai ketika beraksi, kerana Major League Soccer (MLS) terkenal dengan permainan keras.

“Ia satu saingan liga yang mementingk­an fizikal, namun dari segi kemampuan pasukan dan pemain sebenarnya lebih berkualiti daripada apa yang saya sangkakan,” katanya yang memilih untuk beraksi bersama

D.C United dan sekarang ini sudah meledak 12 gol.

Rooney yang sekarang ini berusia 33 tahun mengakui bahawa dia sekarang ini sedang menikmati saat terbaik beraksi di Amerika Syarikat dan merasakan pasukannya beraksi dengan baik.

“Kami berjaya membentuk permainan bola sepak bermutu dan saya berharap ia dapat diteruskan,” kata Rooney yang juga mula tertarik dengan kehidupan di benua Amerika Utara itu.

Bekas pemain antarabang­sa England itu mengakui senang dengan kehidupan lebih tenang di Amerika Syarikat terutama sekali ketika bersama keluargany­a.

“Jika anda ingin ke pasaraya atau bersiar-siar dan lepak minum kopi, ia mudah dilakukan di sini. Berbeza ketika di England, tapi di sini ramai yang tidak mengenali anda. Mereka juga sangat menghormat­i anda, jadi ia sangat berbeza.

“Selain itu, bola sepak juga bukan sukan nombor satu di sini, mereka mempunyai sukan lain seperti NFL (bola sepak Amerika) dan bola keranjang. Jadi untuk bersiar-siar dan mempunyai sedikit masa bersaa keluarga adalah sangat berbeza seperti apa yang saya lalui sebelum ini,” katanya.

Dalam masa sama, Rooney juga berkongsi di mana dia dijulang sebagai wira ketika perlawanan menentang Orlando

City Ogos lalu, di mana Rooney merampas bola dari pertahanan lawan seterusnya melakukan hantaran jauh untuk membolehka­n Luciano Acosta melengkapk­an hatrik serta menjaringk­an gol kemenangan di masa kecederaan.

“Dalam bola sepak, anda akan sentiasa akan mengikut pergerakan bola. Ketika itu kami mendapat sepakan sudut dan penjaga gol, David Ousted turut naik ke atas untuk membantu menjaringk­an gol. Saya cuba berada di posisi jika bola dikeluarka­n oleh pertahanan lawan, mungkin saya akan memperoleh peluang merembat ke arah pintu gol.

“Bagaimanap­un, apabila bola dikeluarka­n dari kawasan penalti mereka saya mengejar dan menerjah untuk merampas bola dari pemain lawan, sebelum melakukan hantaran lintang kepada Acosta. Bagi pasukan ia adalah kejayaan paling besar dari seri kepada mencatat kemenangan,” kata Rooney.

Akhir sekali Rooney mengakui bahawa dia tidak mahukan layanan istimewa dan meminta bulan bintang apabila berada di Amerika Syarikat, kerana baginya ialah permainan bola sepak serta kemenangan untuk pasukannya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia