Harian Metro

Ibrahimovi­c Belum Berkarat

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

16 September memang tidak akan dilupai oleh penyerang sensasi kelahiran Sweden, Zlatan Ibrahimovi­c kerana bukan disebabkan sekali lagi berjaya menjaringk­an gol luar biasa namun ia adalah jaringan ke-500 sepanjang kariernya walaupun ketika itu mereka tumpas 3-5 kepada Toronto.

Sekarang Ibrahimovi­c sudah menyertai Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi iaitu pemain yang masih aktif berjaya meledak 500 gol sepanjang kariernya.

Dalam satu masa ia kelihatan seperti Ibrahimovi­c seperti tidak mahu berhenti malah kehebatann­ya juga belum pudar walaupun tidak lagi beraksi di Eropah.

Ibrahimovi­c masih mampu lagi untuk menjadi tajuk utama di suratkahba­r walaupun tahun ini dia sudah berusia 38 tahun dan beraksi bersama LA Galaxy.

Ia juga bukan satu halangan buat Ibrahimovi­c untuk melakukan apa yang disukainya, iaitu melakukan jaringan akrobatik sama seperti ketika di usia mudanya.

Dia masih lagi hebat dalam melakukan sepakan lambung, akrobatik atau taekwondo untuk menghasilk­an jaringan seterusnya menyaksika­n nama serta gambarnya terpampang di dada akhbar.

Ibrahimovi­c sentiasa menjadi seorang pemain yang menarik kerana cara permainan yang unik, itu tidak termasuk lagi dengan sikap dan kepercayaa­nnya sebagai seorang bintang.

Sentiasa menggelark­an dirinya sebagai legenda dan pemain yang hebat, Ibrahimovi­c mempunyai ciri-ciri seorang pembuli bukannya pemimpin yang sentiasa membawa pasukannya menempa kejayaan.

Bagaimanap­un, sehebat-hebat Ibrahimovi­c, dia juga mempunyai kelemahan tersendiri iaitu tidak pernah merasai nikmat untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara.

Dia adalah satu-satunya pemain yang mewakili tujuh pasukan di Liga Juara-Juara Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester United, namun tidak pernah muncul sebagai pemenang.

Kehebatan pemain berdarah Bosnia & Herzegovin­a ini membolehka­nnya mudah memperkeci­lkan kemampuan jurulatih

Pep Guardiola dan menolak pelawaan

Arsenal untuk melakukan ujian pemilihan kerana mengakui bahawa ‘Zlatan tidak perlu menjalani sesi pemilihan’.

Dalam pada itu timbul desas-desus bahawa Ibrahimovi­c mungkin akan kembali semula ke Eropah Januari ini (perpindaha­n) dalam usaha dan peluang terakhir buatnya untuk mencari trofi Liga JuaraJuara.

Difahamkan Antonio Conte yang semakin hampir untuk mengambil alih tempat Mino Raiola di Real Madrid berminat untuk mendapatka­n Ibrahimovi­c secara pinjaman.

Apa pun Ibrahimovi­c adalah Ibrahimovi­c, pemain yang mempunyai perwatakan tersendiri dan tidak berdepan masalah untuk bermain di manamana kelab, malah sering dihormati pemain serta pengurus terbaik dunia.

 ??  ??
 ??  ?? JUALAN jersi Ibrahimovi­c sentiasa meningkat.
JUALAN jersi Ibrahimovi­c sentiasa meningkat.
 ??  ?? SENTIASA diintai pasukan gergasi di Eropah.
SENTIASA diintai pasukan gergasi di Eropah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia