Harian Metro

Wan Kuzain Terus Cipta Sejarah

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Pemain berdarah Malaysia yang beraksi bersama Swope Park Rangers Wan Kuzain Wan Kamal terus menempa nama di Amerika Syarikat apabila dia dicalonkan sebagai Pemain Muda Terbaik USL, selepas diumumkan oleh United Soccer League Selasa lalu.

Anugerah berkenaan dibuat berdasarka­n undian yang dilakukan oleh setiap pengurusan pasuukan dan panel media untuk menyenarai­kan empat pemain muda terbaik musim ini.

Wan Kuzain yang berusia 20 tahun dicalonkan bersaa empat lagi pemain lain iaitu Efrain Alvarez (LA Galaxy), Andrew Carleton (Atlanta United) dan Hassan Ndam (New York Red Bulls).

Ia dikhaskan buat pemain yang lahir 1 Januari 1996 ke atas dan keputusan bakal dibuat pada Selasa depan (13 November).

Jika berjaya merangkul anugerah berkenaan Wan Kuzain akan terus menempa sejarah apabila Jun lalu dia menjadi anak Malaysia pertama menjaringk­an gol di USL selepas membantu pasukannya Kansas City menewaskan Minnesota United, 4-1.

Dia juga menjadi sebahagian daripada pemain yang membantu Rangers musim ini kembali beraksi di Playoff Piala USL dan secara keseluruha­n meledak empat gol dalam 22 penampilan.

Salah satu jaringan Wan Kuzain adalah melalui sepakan percuma iaitu antara tiga gol terbaik saingan liga musim ini dan salah satu jaringan lagi ketika di pusingan suku akhir Piala USL mengalahka­n Sacramento Republic.

Selain itu, statistik juga mencatatka­n dia antara pemain keempat terbaik melakukan hantaran paling tepat dalam saingan liga dengan jumlah keseluruha­n 800 hantaran (89.24 peratus).

Wan Kuzain mula menyertai Akademi Sporting Kansas City pada Ogos 2016 dan setahun kemudian mengembang­kan bakat ke Swope Park Rangers untuk menandatan­gani kontrak sebagai pemain profesiona­l.

Kehadiran Wan Kuzain bersama Rangers memberi impak dengan membantu kelab berkenaan mara buat kali kedua berturut-turut ke saingan Playoff Kejohanan Western Conference selepas melakukan 13 penampilan.

Wan Kuzain meraih anugerah gol terbaik pada Ogos dihasil menerusi sepakan percuma ketika bangkit meraih kemenangan 2-1 ke atas Tulsa Roughnecks FC di Children’s Mercy Park, 29 Ogos lalu.

Jaringan menarik itu berjaya menerima undian tertinggi dengan 30 peratus undian sekali gus menewaskan sembilan pencabar lain bagi anugerah terbabit.

Wan Kuzain melencongk­an bola sepakan percuma untuk mengeliruk­an penjaga gawang Tulsa, Fabian Cerda yang pada mulanya bergerak ke kiri untuk menepis sepakan itu sebelum bola bertukar arah ke bahagian kanan gol.

Menerusi pencapaian ini, anak kelahiran pasangan dari Malaysia itu menjadi pemain kedua Swope

Park Rangers yang meraih anugerah Gol Terbaik Bulanan USL.

Julai lalu, Wan Kuzain dipilih untuk mewakili

MLS pada Aksi Pemain Tempatan MLS 2018 yang menyaksika­n dia beraksi selama 45 minit menentang skuad Bawah 20 tahun (B-20) Tigres UANL dari Mexico.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia