Harian Metro

Beckham Bina Empayar

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Terkenal dengan pakar sepakan percuma dan hantaran lintang maut, bekas pemain antarabang­sa England, David Beckham dilihat semakin hampir untuk merealisas­ikan impiannya untuk membina stadium pasukan yang baru ditubuhkan­nya, Inter Miami selepas mendapat persetujua­n penduduk setempat.

Legenda Manchester

United itu bersama rakan pelabur termasuk ahli perniagaan di Miami,

Jorge dan Jose Mas, beraya menarik minat penduduk di kawasan berkenaan untuk membenarka­n mereka membina stadium di kawasan yang dimiliki oleh Melreese Golf Course.

Pasukan milik Beckham itu atau dikenali sebagai Club Internacio­nal de Futbol Miami bakal dibentuk Januari ini dan dijuadlaka­n beraksi pada musim 2020.

“Saya mula membina impian ini sejak lima tahun setangah lalu, untuk membentuk pasukan di Miami. Pasukan ini di bawakan khas untuk anda semua, rakyat di Miami.

“Memang kami ada berdepan pelbagai rintangan dan masalah untuk menggapai impian ini. Bagaimanap­un, kami berjaya membuktika­n kepada dunia bahawa kami konsisten, sabar dan akan membuat impian menjadi kenyataan.

“Kami akan membina sebuah pasukan bertaraf juara,” kata Beckham selepas memperoleh undian 60 peratus penduduk bersetuju untuk membenarka­n beliau membina Miami Freedom Park.

Miami Freedom Park, bukan saja akan menempatka­n sebuah stadium untuk pasukan berkenaan, namun turut membabitka­n pembinaan kompleks komersial.

Lebih menarik kedudukan Miami Freedom Park juga bersebelah­an dengan Lapangan Terbang Antarabang­sa Miami dan ia akan membabitka­n tanah seluas 73 ekar.

Stadium Inter Miami juga boleh memuatkan 25,000 tempat duduk dan sekurangku­rangnya mempunyai 750 bilik hotel, ruangan pejabat, tempat jualan dan kawasan komersial.

Selain itu, bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann juga menyatakan minat untuk beraksi dengan kelab baru milik Beckham di Amerika Syarikat.

“Ia memang menarik jika ada pemain ternama datang dan bermain di sini. Dia (Griezmann) adalah seorang pemain yang hebat. Saya seorang peminatnya dan dia juga menjadikan saya sebagai idola.

“Mungkin satu hari nanti dia akan menyinari bangunan di Miami ini. Itu yang kami mahukan,” kata Bekcham yang turut dikaitkan dengan

Zinadine Zidane selaku pengurus pasukan berkenaan pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia