Harian Metro

MASA REHAT SINGKAT

- Reuters

Juara dunia lima kali Lewis Hamilton berpendapa­t Formula Satu (F1) mengambil terlalu banyak risiko dengan mempertaru­hkan begitu banyak perlumbaan dan wajar kembali ke musim saingan yang lebih pendek.

Bercakap menjelang Grand Prix Brazil, sehari selepas sukan itu mengumumka­n Vietnam akan menyertai kalendar perlumbaan pada April 2020, pelumba Mercedes itu memberitah­u dia lebih menyenangi jika pusingan perlumbaan itu dikurangka­n.

Musim ini mempertaru­hkan 21 perlumbaan, seperti juga 2019 tetapi F1 juga sudah berbincang dengan Miami untuk mengadakan perlumbaan jalanan di Amerika Syarikat dan Zandvoort di Belanda untuk kemungkina­n kembali ke litar pesisir pantai yang kali terakhir diadakan pada 1985.

“Saya rasa bagaikan sudah berada di perlumbaan ke-25 tahun ini, jadi secara peribadi saya tidak fikir ia bagus.

“Saya fikir 18 pusingan adalah yang terbaik setakat ini,” kata pelumba berusia 33 tahun itu.

“Saya seorang yang benar-benar sukakan perlumbaan tetapi musim ini terlalu panjang. Ia menuntut komitmen yang tinggi terhadap kami dan banyak kehilangan masa bersama keluarga dan musim ini menjadi semakin panjang dan masa semakin singkat.”

Musim depan akan berakhir pada Disember, paling lewat sejak 1963, namun Jerman, Britain, Itali dan Sepanyol masih belum menerima sebarang kontrak lanjutan.”

Hamilton melalui gaya hidup yang sibuk tetapi sukakan keseimbang­an di antara perlumbaan dan minatnya yang lain, khususnya fesyen dan muzik.

Bagaimanap­un katanya, masih sukar untuknya mencari masa berehat dan memulihkan diri.

“Masa rehat terlalu singkat, anda bersiap sedia untuk musim depan sebaik saja musim ini berakhir,” kata juara itu.

„ Hamilton gusar musim perlumbaan panjang meletihkan pelumba

“Sudah pasti saya tidak akan berada di sini apabila ia membabitka­n 25 perlumbaan.”

 ?? Lewis Hamilton ?? Saya seorang yang benar-benar sukakan perlumbaan tetapi musim ini terlalu panjang. Ia menuntut komitmen yang tinggi”
Lewis Hamilton Saya seorang yang benar-benar sukakan perlumbaan tetapi musim ini terlalu panjang. Ia menuntut komitmen yang tinggi”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia