Harian Metro

MIMPI NGERI GUNNERS

- Agensi

„ Hilang khidmat Welbeck selepas mara ke pusingan

32 terakhir

Arsenal mara ke pusingan 32 terakhir Liga Europa selepas mengharung­i perlawanan yang menyaksika­n mimpi buruk buat penyerang Danny Welbeck apabila mengalami kecederaan buku lali yang serius.

Skuad The Gunners yang seri tanpa jaringan dengan kelab Portugal, Sporting Lisbon di Stadium Emirates mengiringi Chelsea ke peringkat seterusnya.

Sporting menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila bekas pertahanan Barcelona, Jeremy Mathieu dilayangka­n kad merah selepas mengasari Pierre-Emerick Aubameyang namun tuan rumah tetap gagal mencari gol kemenangan.

Perlawanan itu bagaimanap­un dibayangi kecederaan Welbeck yang menyaksika­n pemain kebangsaan England itu terpaksa diusung keluar padang.

Pemain berusia 27 tahun itu cedera pada minit ke-25 ketika dia melompat untuk menanduk bola sebelum mengalami kecederaan kaki kanan ketika di tangga teratas Kumpulan L apabila mengumpul 12 mata selepas mengharung­i empat perlawanan.

Malah, kelab Liga Perdana Inggeris itu layak ke pusingan kalah mati biarpun masih berbaki dua perlawanan peringkat kumpulan.

“Saya berpuas hati dengan prestasiny­a. Saya tahu sebagai penyerang dia mahu menjaringk­an gol dan ia penting untuk tahap keyakinann­ya.

“Saya tidak mahu dia bimbang mengenai menjaringk­an gol kerana bagi kami dia pemain yang penting. Dia sangat berguna untuk pasukan,” kata Sarri yang menyaksika­n anak buahnya beraksi dalam keadaan cuaca sejuk di Belarus. - Agensi mendarat.

Dia diberikan bantuan oksigen dan kakinya dibalut ketika dia diusung keluar, dengan dikeliling­i 10 kakitangan perubatan semasa menerima rawatan.

“Ia berita buruk. Kami fikir ia kecederaan yang serius,” kata pengurus Arsenal, Unai Emery.

“Kecederaan itu memberikan tamparan hebat buatnya, buat kami dan kita semua,” katanya ketika ditanya mengenai masa depan Welbeck di kelab utara London itu dengan kontraknya bakal tamat akhir musim ini.

 ??  ?? WELBECK (kanan) ditenangka­n Henrikh Mkhitaryan.
WELBECK (kanan) ditenangka­n Henrikh Mkhitaryan.
 ??  ?? GIROUD diraikan rakan
sepasukan.
GIROUD diraikan rakan sepasukan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia