Harian Metro

ESM pertaruh empat permainan

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

Lumpur: Selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahka­n eSports bakal menawarkan pingat di Sukan SEA Filipina 2019, Persatuan eSports Malaysia (ESM) berharap empat permainan pilihan mereka turut dipertandi­ngkan di temasya dwitahunan berkenaan.

Setiausaha Agung ESM, Rinie Ramli berkongsi kegembiraa­n selepas pengesahan eSports sebagai acara yang dipertandi­ngkan dan mengakui Malaysia mempunyai potensi untuk membawa pulang emas.

Bagaimanap­un, emas pertama negara dalam acara

(gambar)

berkenaan bergantung kepada pemilihan permainan negara tuan rumah.

“Saya rasa ia berita baik, namun saya percaya mereka masih belum memilih permainan yang bakal dipertandi­ngkan, jika ia berkaitan dengan Filipina, kami tahu mereka juga bakal memilih permainan yang sama dimainkan di Malaysia.

“Jika itu yang terjadi, atlet kita mampu untuk menyumbang pingat buat negara,” katanya.

Rinie menamakan Dota 2, Mobile Legends, Tekken, FIFA dan Pro Evolution Soccer (PES) sebagai permainan yang memberi kelebihan buat atlet negara.

“Berdasarka­n rantau dan Sukan SEA, jika semua permainan ini dipilih, kita sekurang-kurangnya sudah boleh berada dalam kedudukan tiga terbaik,” katanya.

Dalam laporan Philippine­s Daily Inquirer, eSports dijangka menawarkan tiga emas di Sukan SEA edisi ke-30 itu yang berlangsun­g dari 30 November hingga 10 Disember.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia