Harian Metro

RAKET ‘PENAWAR’ CHONG WEI

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

„ Misbun saran jaguh badminton kembali ke gelanggang untuk lupakan kesakitan

Ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek percaya ‘penawar’ bagi Datuk Lee Chong Wei untuk melupakan kesakitan yang dialaminya adalah dengan kembali ke gelanggang.

Misbun menyifatka­n Chong Wei, 36, sebagai pemain yang cukup luar biasa selepas dia menyuaraka­n hasrat untuk terus beraksi hingga Sukan Olimpik Tokyo 2020 biarpun masih dalam proses pemulihan selepas menghidap kanser hidung.

“Kebanyakan orang kalau mengalami apa yang dilaluinya pasti akan berputus asa. Namun, saya lihat Chong Wei sebagai pemain yang sangat luar biasa.

“Apabila dia beritahu yang dia mahu terus bermain, saya tahu api dalam dirinya sangat membara. Jika

(gambar)

dia tidak kuat, dia tidak akan umumkan perkara itu.

“Hanya kegembiraa­n di tengah gelanggang dapat mengubati apa jua sakit yang dihadapiny­a,” kata Misbun ketika ditemui selepas sesi latihan skuad badminton negara di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, semalam.

Chong Wei, semalam menerusi sidang media khas bagi berkongsi perkembang­an mengenai tahap kesihatann­ya berkata, dia akan terus beraksi hingga Tokyo 2020 dengan misi untuk memburu pingat pada temasya berprestij itu.

Bagaimanap­un, dia masih menunggu lampu hijau daripada doktornya untuk kembali ke gelanggang, tetapi meramalkan mungkin membuat kemunculan semula pada Seluruh England, Mac depan.

“Chong Wei seorang pemain senior dan berpengala­man, dia tahu bagaimana nak bermula semula. Kami jurulatih akan membantu dia dari semasa ke semasa,” kata Misbun.

Sementara itu, seorang lagi jurulatih perseorang­an lelaki, Hendrawan yang diberi kepercayaa­n untuk terus membimbing bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, ia satu cabaran hebat dalam kerjayanya.

“Ia akan menjadi cabaran hebat buat saya, malah untuk Chong Wei juga. Dengan usia Chong Wei sekarang dan masalah kesihatan yang pernah dialaminya ini, saya perlu teliti bagi merencana program latihan terbaik buat Chong Wei,” katanya.

Kuala Lumpur: Penjaga gol nombor satu negara, S Kumar tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan sekali pun di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Muscat baru-baru ini dan jurulatih, Roelant Oltmans berharap dia bersedia untuk kembali di Piala Dunia dalam tempoh tiga minggu lagi.

Kumar mengalami kecederaan ibu jari kanan ketika di Sukan Asia dan berdepan masalah untuk memegang kayu hokinya dengan lebih kemas.

“Walaupun kami menyenarai­kan Kumar untuk saingan ACT, dia tidak turun beraksi dan tugas itu digalas Hairi Rahman dalam semua perlawanan. Ini bukan satu isu, kami menyenarai­kannya kerana untuk memberi motivasi kepada Hairi dan juga melihat

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia