Harian Metro

Kumar pembakar semangat Hairi

-

aksi penjaga gol lain.

“Hairi bertindak cemerlang dengan menyelamat­kan beberapa percubaan, namun ada juga kelemahan.

“Bagaimanap­un, secara keseluruha­n Hairi bertindak cemerlang dan saya percaya dengan Kumar untuk bersedia menjelang Piala Dunia tatkala dia sedang menjalani pemulihan kecederaan sekarang,” kata Oltmans.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia melepaskan empat gol manakala separuh akhir mencatat keputusan seri 4-4 bertemu Pakistan sebelum tumpas 1-3 dalam penentuan shoot-out.

Pada aksi penentuan pingat gangsa, Malaysia mencatat keputusan seri 2-2 menentang Jepun dan menang 3-2 menerusi penentuan shoot-out.

“Ia juga satu petanda positif melihat Hairi beraksi dengan baik dalam penentuan shoot-out menentang Jepun, di mana ia mampu meningkatk­an tahap keyakinann­ya.

“Kami mempunyai empat penjaga gol dalam latihan sekarang dan ia bukan satu masalah jika berlaku perkara tidak diingini. Bagaimanap­un, saya percaya Kumar akan bersedia menjelang Piala Dunia,” katanya.

Saingan sengit dijangka berlaku dalam Kumpulan D apabila Malaysia diundi bersama Jerman, Belanda dan Pakistan.

Berdasarka­n format hanya tiga pasukan terbaik dari setiap empat kumpulan mara, manakala pasukan terakhir dalam kumpulan akan tersingkir.

Ini bermakna Malaysia harus menumpaska­n Pakistan jika tidak mahu pulang awal di kejohanan berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia