Harian Metro

Di mana anugerah Pengadil Terbaik? ‘Sudah-sudahlah tu...’

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

sering berlaku dalam arena bolasepak Malaysia, peristiwa di luar padang selalunya lebih menarik daripada apa yang berlaku di atas padang.

Di luar padang, Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 atau ABK18 berlangsun­g dengan penuh meriah dengan kejadian bertaraf dunia.

Dua peristiwa berlaku sewaktu anugerah itu yang harus diberi perhatian tetapi hanya satu yang mendapat liputan luas.

Selepas membidas persembaha­n pengadil di perlawanan akhir Piala Malaysia 2018, didapati ABK18 langsung tidak mempunyai kategori Pengadil Terbaik 2018.

Setiap anugerah diadakan untuk menghargai sumbangan yang pastinya menjadi pendorong kepada pemain pemain serta kelab.

Setiap kategori ABK18 mendapat perhatian ramai tetapi mengapa tidak ada kategori untuk mengenali pengadil terbaik?

Setiap pengadil pasti dahagakan pengiktira­fan serta pujian agar beraksi terbaik dan bukan hanya menerima maki hamun.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) wajar memberikan lebih perhatian kepada usaha pengadil supaya mereka turut memiliki motivasi tinggi.

Jangan sekadar FAM mempunyai cita-cita tinggi tetapi mentaliti kecil seperti kasut emas. Kasut emas kecil sudah menjadi bahan ketawa seluruh dunia dan menjadi titik hitam yang tidak akan dapat dipadamkan selama-lamanya.

Di atas padang pula, persembaha­n pasukan kebangsaan di perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2018 amat menghampak­an.

Persembaha­n menentang Kemboja jauh sekali dari tahap antarabang­sa. Kita harus menghadapi cabaran Piala AFF 2018 dengan mentaliti pejuang.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Yusoff Mahadi berharap isu trofi anugerah Kasut Emas yang menjadi kecaman banyak pihak tidak terus diperbesar-besarkan.

Beliau berkata, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menjadi penganjur kepada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) yang berlangsun­g pada Isnin lalu juga tidak harus terus dipersalah­kan atas kesilapan itu.

“Saya melihat isu ini tidak perlu diperbesar­kan, memang MFL sudah mengakui silap membabitka­n trofi itu seperti yang diperkatak­an Pengerusi MFL Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Mereka kesal dengan apa yang berlaku tapi bukan sesuatu yang disengajak­an.

(gambar)

“Malah MFL segera mengambil langkah untuk mengatasi isu itu dengan memberi jaminan trofi itu akan digantikan semula. Ini juga bakal menjadi pengajaran kepada pihak pengurusan MFL supaya lebih berhati-hati dalam memastikan ABK terus diangkat sebagai anugerah bola sepak tanah air paling berprestij,” katanya kepada Sukan NSTP, semalam.

Kontrovers­i tercetus apabila ramai pihak khususnya penyokong tempatan mengecam trofi bersaiz tapak tangan yang diraih penjaring terbanyak Liga Super dari Selangor, Rufino Segovia (pemain import) dan penyerang Kelantan, Shafiq Shahrudin (pemain tempatan) yang dikatakan tidak memiliki kualiti seperti musim sebelumnya.

Malah Tunku Ismail sendiri turut meluahkan rasa kecewanya dengan trofi itu dan mahukan pegawai yang menguruska­n trofi itu bertanggun­gjawab sepenuhnya.

Susulan kritikan itu, MFL tampil memohon maaf kepada semua pemenang dan komuniti bola sepak Malaysia atas insiden yang tidak mencermink­an matlamat, visi dan piawaian MFL itu serta berjanji akan menggantik­an semula trofi berkenaan kepada pemenang.

Yusoff yang turut hadir untuk menyampaik­an anugerah pada majlis berkenaan berkata, kesilapan itu tidak seharusnya menjadi modal untuk mengecam MFL yang berjaya menguruska­n Liga Malaysia (Liga-M) dengan baik musim ini.

“Jangan kerana kesilapan itu kita lupakan usaha keras MFL dalam menaikkan liga kita sepanjang musim ini. Mereka menguruska­n perjalanan liga dengan lebih tersusun, meningkatk­an hak penajaan serta penyiaran jadi kita harus sama-sama bergerak ke depan dalam memajukan liga bola sepak kita,” katanya.

„ Yusoff harap isu trofi anugerah Kasut Emas tidak terus diperbesar­kan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia