Harian Metro

Buru mata maksimum!

-

Lumpur: Selepas bergelut untuk menewaskan Kemboja 1-0 kelmarin, jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe

mahu anak buahnya segera meningkatk­an prestasi andai mahu melangkah jauh dalam kempen Piala AFF 2018.

Beliau berkata, mereka perlu memburu mata maksimum apabila turun menentang Laos pada aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Isnin ini yang dianggap cukup penting dalam menentukan nasib mereka dalam saingan Kumpulan A.

“Saya fikir secara keseluruha­n persembaha­n pemain masih boleh ditingkatk­an tapi apa yang penting kita dapat tiga mata dan kita akan cuba perbaiki prestasi dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Memang dalam mana-mana pertanding­an, perlawanan pertama agak sukar untuk mendapatka­n momentum, apatah lagi bermain di padang tiruan sedikit sebanyak menjejaska­n hantaran kita tapi saya rasa pemain juga menunjukka­n komitmen untuk mendapat tiga mata yang cukup penting.

“Kita kena kekalkan momentum pada perlawanan seterusnya untuk mendapatka­n mata maksimum menentang Laos,” kata

(gambar)

Cheng Hoe dalam sidang media kelmarin.

Kemboja dan Laos seharusnya menjadi ‘lubuk’ mata buat Harimau Malaya sebelum mengharung­i aksi lebih sukar menentang dua pasukan yang mara ke separuh akhir pada 2016 – Vietnam dan Myanmar.

Laos yang turut beraksi semalam tewas 0-3 kepada Vietnam di laman sendiri.

Cheng Hoe yang menjadi penolong jurulatih Datuk K Rajagobal ketika menjulang kejuaraan pertama 2010 di Jakarta, Indonesia percaya mereka boleh mencatat kemenangan lebih selesa ke atas Kemboja andai bahagian serangan lebih tajam.

“Selepas menjaringk­an gol, kita dapat keyakinan dan pada separuh masa kedua kita bermain dengan lebih baik cuma banyak peluang yang ada disia-siakan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia