Harian Metro

Lang Merah risik Shakir?

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Pemain pertahanan Home United dan skuad kebangsaan Singapura Muhammad Shakir Hamzah

dikhabarka­n mendapat tawaran daripada bekas juara Piala Malaysia Kedah untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Berita mengenai tawaran berkenaan tersebar selepas sebuah akhbar dalam talian Singapura melaporkan bekas pemain Tampines Rovers yang kini bersama pasukan Home United berusia 26 tahun itu mendapat lamaran kontrak selama setahun bersama pasukan Lang Merah.

Bagaimanap­un usaha mendapatka­n maklumat lanjut berkenaan berita kontrak

(gambar)

pemain yang memiliki 43 kap bersama skuad kebangsaan Singapura itu gagal ekoran tiada maklumat lanjut daripada pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Difahamkan bakal jurulatih Kedah kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak kini sedang mengintai dan menguruska­n kemasukan pemain import baharu ke dalam pasukan Kedah.

Terdahulu KFA sudah memaklumka­n kontrak kesemua lima import Kedah musim ini - Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Alvaro Silva, Andik Vermansah dan Paulo Rangel tidak disambung.

Dalam kenyataan terkini, pihak KFA masih dalam proses perbincang­an fasa akhir mengikat pemain import musim baharu dan akan mengumumka­n status pemain hanya selepas kontrak dimeterai.

Turut dimaklumka­n, hanya lima pemain tempatan masih mempunyai kontrak hingga tahun 2019 – Ifwat Akmal Che Kassim, Amirul Hisyam Awang Kechik, Muhd Akhyar Rashid, Muhd Farhan Abu Bakar dan Syawal Nordin.

Manakala pemain tempatan lain dimaklumka­n masih mempunyai kontrak hingga hujung November ini dan pihak KFA masih dalam perbincang­an berkaitan lanjutan kontrak serta tertakluk kepada persetujua­n kedua-dua pihak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia