Harian Metro

PELUANG TEBUS DUKA

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

„ Anak buah Chun Yong mara ke final jumpa Thailand selepas singkir Vietnam pada separuh akhir

Skuad futsal negara mengharung­i aksi separuh akhir penuh mendebarka­n sebelum meraih kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 bertemu Vietnam pada aksi Kejuaraan Futsal Persekutua­n Bolasepak Asia Tenggara

(AFF) 2018 di Yogyakarta, malam tadi.

Kemenangan itu membolehka­n skuad negara mara ke final bertemu juara bertahan, Thailand, sekali gus mengulangi pentas akhir kejuaraan sama pada edisi tahun lalu. Mungkin ini detik terbaik buat anak buah Chiew Chun Yong menebus kekecewaan edisi lalu yang menyaksika­n mereka tumbang 4-3 di tangan lawan selepas masa tambahan.

Pada aksi terbabit, Malaysia mendahului menerusi penyudah Azwann Ismail pada babak pertama sebelum Azri Rahman membolehka­n skuad negara mendahului dengan 2-0 pada permulaan babak kedua.

Malaysia dilihat lebih banyak bertahan sehingga membenarka­n Vietnam menguasai sebahagian besar permainan dan kerap mengasak kubu negara untuk mencari gol pembukaan.Ketinggala­n 2-0, semangat juang Vietnam nyata sukar digugat dan gol pembukaan yang dicari berjaya disumbangk­an Vu Quoc Hung untuk mengurangk­an defisit gol.

Ketika skuad negara berada di ambang kemenangan dengan aksi berbaki 20 saat, taktikal ‘power play’ yang digunakan Vietnam pada lima minit terakhir membuahkan hasil apabila percubaan Nguyen Thanh Tin menerjah gawang untuk memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Namun, tiada jaringan dihasilkan dalam 10 minit masa tambahan dan kemenangan perlu ditentukan menerusi sepakan penalti penentuan.

Aksi final akan berlangsun­g di Yogyakarta, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia