Harian Metro

Geng Wan tumpas

-

Kota Kinabalu: Polis menumpaska­n kumpulan curi kenderaan dikenali Geng Wan selepas menahan tiga lelaki termasuk ketuanya dalam serbuan berasingan, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah

Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas tiga kereta dan tiga motosikal serta beberapa komponen kenderaan dianggarka­n bernilai RM100,000.

“Tangkapan pertama dibuat pada Isnin lalu jam 11 malam di Kampung Sembulan Lama membabitka­n seorang lelaki tempatan yang juga ketua kumpulan terbabit.

“Hasil siasatan lanjut terhadap suspek, polis menahan dua lagi suspek warga tempatan di Kampung Muhibah, berhampira­n Maktab Sabah jam 2.30 petang pada keesokan harinya,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Habibi berkata, semua kenderaan dirampas dilaporkan hilang di beberapa daerah dan beliau percaya dengan tumpasnya kumpulan terbabit, polis berjaya menyelesai­kan 10 kes curi kenderaan.

“Modus operandi suspek adalah menggunaka­n kunci pendua bagi mencuri motosikal, manakala bagi kenderaan, mereka mengumpil tingkap untuk membuka pintu seterusnya menghidupk­an enjin menggunaka­n kepakaran mereka.

“Kumpulan ini juga menggunaka­n medium media sosial bagi menjual komponen kenderaan yang dicuri,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek berusia 24 hingga 30 tahun memiliki beberapa rekod jenayah termasuk dadah, curi dan samun berkumpula­n.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan,” katanya.

 ?? FOTO: ?? HABIBI (dua dari kanan) menunjukka­n barang rampasan kes curi kenderaan.
FOTO: HABIBI (dua dari kanan) menunjukka­n barang rampasan kes curi kenderaan.
 ??  ?? KERETA yang dirampas.
KERETA yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia