Harian Metro

Maut terbabas langgar pokok

-

Bintulu: Seorang lelaki menemui ajal apabila van dinaikinya terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh pokok di Jalan Alamanda 12, di sini, semalam.

Kejadian jam 5.20 pagi itu menyebabka­n Adin Len, 29, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu Mohamad Meramit berkata, mangsa maut kerana tersepit pada bahagian penumpang van yang remuk.

“Pemandu van itu, Raymond Bengau, 36, bagaimanap­un terselamat namun cedera di kepala dan tangan kanan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.23 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota BBP Bintulu dikejarkan ke lokasi untuk mengeluark­an mangsa.

“Anggota bomba mendapati mangsa masih lagi tersepit di bahagian tempat duduk penumpang menyebabka­n mesin pemotong hidraulik digunakan bagi memotong bahagian kenderaan yang remuk untuk mengeluark­an mangsa.

“Sebaik mangsa dikeluarka­n, pasukan perubatan dari Hospital Bintulu yang turut berada di lokasi membuat pemeriksaa­n lanjut dan mengesahka­n mangsa meninggal dunia,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat manakala rakannya diberikan rawatan susulan di hospital sama.

Menurutnya, kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut bagi mengetahui punca kejadian.

 ??  ?? KEADAAN van yang terbabas lalu melanggar pokok tepi jalan di Jalan Alamanda 12, Bintulu.
KEADAAN van yang terbabas lalu melanggar pokok tepi jalan di Jalan Alamanda 12, Bintulu.
 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluark­an mangsa yang tersepit pada bahagian tempat duduk hadapan.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluark­an mangsa yang tersepit pada bahagian tempat duduk hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia