Harian Metro

SEDIA RM4.16B

- Mohd Izham Unnip Abdullah dan Avila Geraldine cnews@nstp.com.my

Tema ‘Memacu Pertumbuha­n Berpaksika­n Rakyat’

lonjak pendapatan kasar negeri

Kerajaan baru pimpinan Parti Warisan Sabah (WARISAN) membentang­kan Belanjawan Sabah bagi 2019 berjumlah RM4.16 bilion, semalam.

Belanjawan pertama sejak mengambil alih kerajaan negeri pada Mei lalu itu mencatat lebihan RM105.32 juta berbanding anggaran kutipan hasil RM4.27 bilion pada tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika membentang­kannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah petang semalam berkata, lebihan itu membabitka­n peningkata­n RM40.43 juta atau 62.31 peratus berbanding 2018 dan yang tertinggi sejak lima tahun lalu.

“Ini bermakna kerajaan merangka belanjawan berkeduduk­an lebihan atau ‘Surplus Budget’ membabitka­n jumlah RM105.32 juta, yang mana ini penting dalam mengekalka­n kestabilan kewangan negeri,” katanya.

Belanjawan bertema ‘Memacu Pertumbuha­n Berpaksika­n Rakyat’ itu menunjukka­n peningkata­n RM55.33 juta atau 1.35 peratus berbanding Belanjawan 2018 dibentangk­an kerajaan negeri sebelum ini yang berjumlah RM4.1 bilion dengan lebihan berbanding hasil sebanyak RM64.89 juta.

Mohd Shafie berkata, anggaran belanjawan tahun depan merangkumi perbelanja­an emolumen RM742.14 juta, perbelanja­an berulang (RM1.37 bilion) dan perbelanja­an khas RM2.045 bilion.

Bagi perbelanja­an pembanguna­n, beliau yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, sebanyak RM934.68 juta diperuntuk­kan pada tahun depan membabitka­n RM695.39 juta daripada kerajaan negeri, manakala RM239.28 juta daripada Kerajaan Pusat.

Katanya, anggaran hasil Sabah pada tahun depan disasar meningkat 2.3 peratus berbanding anggaran RM4.17 bilion tahun ini dengan penyumbang tertinggi daripada sektor bukan cukai RM2.74 bilion atau 64.1 peratus.

Katanya, royalti petroleum dijangka kekal menjadi penyumbang tertinggi dengan sumbangann­ya merangkumi 37.5 peratus daripada jumlah keseluruha­n anggaran hasil tahun 2019 dengan sasaran RM1.6 bilion disusuli cukai jualan minyak kelapa sawit (CPO) sebanyak RM900 juta.

Beliau berkata, mulai tahun depan kerajaan negeri juga mengenakan cukai jualan lima peratus produk perikanan yang dibawa keluar dari Sabah dengan anggaran kutipan RM20 juta.

 ??  ?? MOHD Shafie ketka sidang media selepas sesi pembentang­an bajet, semalam.
MOHD Shafie ketka sidang media selepas sesi pembentang­an bajet, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia