Harian Metro

Penjawat awam terima RM500

-

Kinabalu: Kerajaan Sabah semalam mengumumka­n bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam negeri yang dibuat serentak dalam pembayaran gaji Disember depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika membentang­kan Belanjawan Negeri 2019 berkata, ia sebagai penghargaa­n kepada anggota perkhidmat­an awam negeri dalam membantu kerajaan mentadbir, mengurus dan menyampaik­an perkhidmat­an kepada rakyat.

“Selaras dengan pengumuman Kerajaan Persekutua­n, Kerajaan Sabah juga bersetuju memberikan pembayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam negeri,” katanya.

Selain itu, Mohd Shafie turut mengumumka­n penyediaan biasiswa RM9.56 juta bagi menggalakk­an penjawat awam negeri melanjutka­n pelajaran atau mengikuti kursus jangka pendek di pusat pengajian berprestij luar negara seperti Universiti Cambridge dan Universiti Oxford di England serta Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Bagi pembanguna­n modal insan, beliau mengumumka­n tambahan pembiayaan biasiswa, dermasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar melalui Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi kepada RM52 juta berbanding RM37 juta tahun ini.

Katanya, Yayasan Sabah juga meneruskan bantuan kepada pelajar yang dimulakan pada tahun ini membabitka­n pembiayaan RM10 juta yang ditambah berdasarka­n kedudukan kewangan agensi itu.

Belanjawan pertama kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu turut menggarisk­an beberapa langkah yang memberi manfaat kepada rakyat luar bandar termasuk RM5 juta untuk membangunk­an padi bukit bagi menambah baik kehidupan rakyat luar bandar seperti di Ranau, Tambunan, Keningau, Kota Belud, Sipitang, Pitas dan Kota Marudu selaras permintaan baik beras bukit untuk tujuan kesihatan.

Sementara itu, Ketua Pembangkan­g, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menyifatka­n belanjawan dibentangk­an Mohd Shafie tidak mengemukak­an banyak pembaharua­n berbanding apa yang dibentangk­an kerajaan sebelum ini.

“Bagaimanap­un, kami akan perincikan dulu belanjawan ini untuk membuat penilaian lebih jelas. Setakat ini saya lihat tiada yang boleh dibanggaka­n sangat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia