Harian Metro

BERTAHAN 17 TAHUN

- Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

Pengeluara­n minyak dan gas Sarawak dianggarka­n mampu bertahan antara 15 hingga 17 tahun akan datang berdasarka­n kadar pengeluara­n 5,000 juta kaki padu gas standard sehari (MMSCFD).

Menteri Muda Hubungan Korporat Abdullah Saidol berkata, anggaran tempoh pengeluara­n minyak dan gas itu dilakukan berdasarka­n piawaian nisbah rizab kepada pengeluara­n.

“Justeru, adalah penting bagi kerajaan negeri kembali mengawal sumber terbabit melalui PETROS, termasuk menguatkua­sakan pengawasan dan melindungi kepentinga­n minyak dan gasnya.

“Sehingga kini, pendapatan yang dijangka diperoleh Sarawak bagi sumber minyak dan gas adalah dalam lingkungan RM3 hingga RM4 bilion setahun.

“Kerajaan negeri konsisten mengekalka­n permintaan menaikkan royalti minyak sebanyak 20 peratus,” katanya ketika menjawab soalan Aidel Lariwoo (GPSSadong Jaya), di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kompleks DUN Sarawak, di sini, semalam.

Abdullah ketika mengulas lanjut berkata, Sarawak mempunyai 52.7 peratus rizab negara yang diketahui, selain berperanan menjadi pengeluar gas asli terbesar negara.

“Sarawak juga menjadi penyumbang terbesar melalui aliran pendapatan di loji Bintulu. Kerajaan negeri memberi mandat kepada PETROS untuk memainkan peranan sebagai pengawal selia utama dan menjadi pemain aktif dalam Kontrak Pengeluara­n Bersama (PSC) gas di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, PETROS akan memperkuku­hkan pengawasan sumber gas menerusi Strategi Jaringan Bersepadu bertujuan mengimbang­i bekalan huluan dengan penggunaan hiliran.

“Ketika ini, tumpuan PETROS menyasarka­n penyertaan PSC untuk menjana pendapatan di Sarawak. Tindakan itu penting kerana PSC sekarang ini dikawal sepenuhnya oleh PETRONAS,” katanya.

„ Anggaran pengeluara­n minyak dan gas Sarawak pada masa akan datang

 ?? Abdullah ?? Pendapatan yang dijangka diperoleh Sarawak bagi sumber minyak dan gas adalah dalam lingkungan RM3 hingga RM4 bilion setahun”
Abdullah Pendapatan yang dijangka diperoleh Sarawak bagi sumber minyak dan gas adalah dalam lingkungan RM3 hingga RM4 bilion setahun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia