Harian Metro

Tak perlu mandi sungai lagi

-

Tuaran: Setiap kali bekalan air terputus, pelajar lelaki yang menghuni asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens Kiulu akan mandi di sungai terletak berhampira­n sekolah berkenaan.

Perkara itu seolah-olah menjadi tradisi dan penyelia asrama akan memantau bagi mengawasi keselamata­n pelajar berkenaan.

Bagaimanap­un, kini, mereka tidak perlu lagi mandi sungai selepas sekolah itu dilengkapi sistem paip graviti baharu, sekali gus mengatasi air.

Kemudahan sistem paip graviti sejauh 10 kilometer itu yang disambung dari sumber tadahan air di Kampung Mongkoniha­b, Kiulu adalah inisiatif kerajaan bagi menyelesai­kan masalah berkenaan yang berlarutan sejak 1990-an.

Pengetua SMK Tun Fuad Stephens Kiulu, Lokuin Gintos berkata, sekolah dan asrama berkenaan hanya mempunyai paip bermeter sebelum ini dan beberapa kali terputus bekalan sejak

krisis

bekalan 1990-an namun senakin kerap sejak setahun lalu.

“Sudah menjadi tradisi, setiap kali bekalan air terputus, penghuni asrama lelaki akan menuruni curam berhampira­n asrama untuk mandi di sungai dengan dipantau penyelia asrama sebagai langkah keselamata­n.

“Kami pernah mengemukak­an aduan kepada Jabatan Air negeri namun pihak mereka hanya memasang cip untuk memantau tekanan air,” katanya pada majlis perasmian air paip graviti berkenaan.

Majlis itu disempurna­kan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Jo Anna Sue Henley Rampas.

Lokuin berkata, pihaknya bersyukur kerana pemasangan paip graviti itu mampu mengatasi masalah guru dan pelajar termasuk penghuni asrama.

Sekolah berkenaan mempunyai 1,087 pelajar tingkatan satu hingga enam dengan 350 daripadany­a adalah penghuni asrama.

Sementara itu, Jo Anna berkata, projek pembinaan paip graviti itu membabitka­n peruntukan RM100,000 termasuk beberapa tangki berkapasit­i 4,000 liter.

 ??  ?? JO Anna pada Majlis Perasmian Air Paip Graviti SMK Tun Fuad Stephen Kiuli, Tuaran.
JO Anna pada Majlis Perasmian Air Paip Graviti SMK Tun Fuad Stephen Kiuli, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia