Harian Metro

Bersedia terima kecaman

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Neera kini sibuk promosi single baru dan ikuti kelas vokal

pernah terpalit dengan kontrovers­i kerana bersuara ‘sumbang’ dalam program Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 tidak lama dulu.

Namun, Neera A zizi, 20, yang turut mencipta nama sebagai pelakon dalam drama Miss

Kapten Cikgu Waiz dan Sayangku Kapten Mukhriz tidak cepat melatah, sebaliknya menganggap gosip dan kontrovers­i adalah asam garam dalam bidang seni tanah air.

“Saya menceburi bidang nyanyian kerana mahu mengembang­kan lagi cabang seni sedia ada. Pada masa sama, ia juga menjadi trend pelakon bergelar penyanyi ketika ini.

“A pa yang berlaku dalam program televisyen itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan ia pengajaran berguna untuk saya,” katanya.

Menurut Neera, dia juga sudah bersedia dengan apa saja kecaman orang selepas memutuskan untuk menceburi bidang seni, tiga tahun lalu.

“Sebelum ini, ada orang cakap wajah saya seperti Nur Sajat dan pernah digelar artis suamsuam kuku. Namun, saya tetap bangga dengan wajah asli dimiliki dan pencapaian dalam bidang seni juga konsisten ketika ini.

“Bukan saja artis baru, artis popular pun turut berdepan kecaman netizen. Saya juga lebih suka melihat dari sudut positif kerana apa penting saya tahu apa yang dilakukan,” katanya.

Neera berkata, dia tidak pernah patah semangat untuk meneruskan karier nyanyian dengan mempertaru­hkan single pertamanya berjudul Rasa Hati buat peminat.

“Buat masa ini, saya sibuk mempromosi­kan single ciptaan komposer baru B-Heart yang berkisar rasa cinta kepada kekasih itu. Pada masa sama, saya juga mengikuti kelas vokal untuk memantapka­n vokal sedia ada. Jika single ini berjaya, saya merancang muncul dengan single kedua pula nanti,” katanya.

IDAM CERITA LASAK

DAN AKSI

Selepas drama Miss Kapten Cikgu Waiz dan Sayangku

Kapten Mukhriz, Neera terus tidak menang tangan memenuhi undangan berlakon ketika ini.

Menurut Neera, dia selesa dengan pencapaian­nya dalam dunia lakonan sejak berkecimpu­ng dalam bidang seni, tiga tahun lalu.

“Sebenarnya, saya bercita-cita menjadi juruterban­g sejak zaman persekolah­an tetapi akhirnya bergelar artis pula.

“Buat masa ini, tawaran berlakon tidak pernah putus dan saya ketepikan dulu cita-cita mahu menjadi juruterban­g itu,” katanya.

Ditanya watak diidamkan pula, kata Neera, dia mahu melakonkan watak dalam cerita aksi dan lasak sekali gus mencabar kemampuann­ya dalam lakonan.

“Saya sudah melakonkan watak utama dalam drama dan kini kerap ditawarkan watak antagonis dalam drama. Terbaru, saya ditawarkan watak antagonis untuk Slot A kasia TV3.

“Lebih mencabar apabila ditawarkan watak lebih berusia seperti wanita yang sudah berkahwin sedangkan saya baru berusia 20 tahun.

“Saya turut mengambil kelas lakonan dengan guru lakonan dan pelakon hebat Fauziah Nawi untuk memantapka­n prestasi lakonan sedia ada,” katanya.

A ntara drama lakonannya sebelum ini ialah

Patahnya Sebelah

Sayap, A inur

Mardhiah, Suri

Hati Mr Pilot.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? MAHZIR MAT ISA
FOTO: ?? BUSANA: ANUAR FAIZAL OF ADESIGNHOU­SE (INSTAGRAM - @ANUARFAIZA­LOFFICIAL)
SOLEKAN & DANDANAN: RIZA AZIZ (INSTAGRAM - @RIZAAZIZ66)
Bukan saja artis baru, artis popular pun turut berdepan kecaman netizen. Saya juga lebih suka melihat dari sudut positif kerana apa yang penting saya tahu apa dilakukan
Neera
MAHZIR MAT ISA FOTO: BUSANA: ANUAR FAIZAL OF ADESIGNHOU­SE (INSTAGRAM - @ANUARFAIZA­LOFFICIAL) SOLEKAN & DANDANAN: RIZA AZIZ (INSTAGRAM - @RIZAAZIZ66) Bukan saja artis baru, artis popular pun turut berdepan kecaman netizen. Saya juga lebih suka melihat dari sudut positif kerana apa yang penting saya tahu apa dilakukan Neera
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia