Harian Metro

HANTU KAK LIMAH PUN BONUS CIPUT

Pelakon Hantu Kak Limah terkilan bayaran diterima tak setaraf jumlah kutipan RM38 juta

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Selepas Datuk Awie kecewa dengan bayaran bonus filem Hantu Kak Limah (HKL) kelmarin, pelakon yang membawa watak Hantu Kak Limah, Dalimawati turut meluahkan perkara sama.

Dalimawati ketika dihubungi semalam berkata, dia terkejut dengan wang bonus diterima kerana ia tidak setimpal dengan kutipan keseluruha­n HKL iaitu RM38 juta.

“Dah la berlakon dibayar ‘sedih’, jadi saya harap bayaran wang bonus akan tinggi, tetapi ‘sedih’ juga,” katanya.

Dalimawati atau nama sebenarnya Dalimawati Ismail berkata, dia tidak menyalahka­n pelakon

Hong Kong, Andy Lau selaku pengasas bersama syarikat Infinitus Entertainm­ent Group yang menerbitka­n HKL, sebaliknya ia tanggungja­wab individu yang menguruska­n syarikat itu di sini.

“Seperti kata Awie, bayarannya memang

‘ciput’. Saya tidak menjangka akan mendapat sebanyak itu, tetapi nak buat macam mana. Sepatutnya, mereka kena faham dan ambil kira usaha setiap pelakon dan kru terbabit. Kami kerja bagai nak ‘gila’. Dari pagi sampai keesokan harinya.

“Yang nak jatuhkan kita adalah orang kita juga. Tak luak pun nak kongsi lebih kepada setiap orang terbabit jika nak dibandingk­an dengan kutipan puluhan juta diraih HKL,” katanya kepada Harian Metro.

Dalimawati yang popular menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini mengakui tidak mahu lagi berlakon dalam filem HKL jika ia diterbitka­n oleh penerbit sama.

“Saya macam Awie juga, tak nak berlakon kalau penerbit sama. Kalau nak cari watak Hantu Kak Limah lain, carilah. Bagi saya cukuplah apa yang dibuat pada kami,” katanya.

Kelmarin, Awie yang juga pelakon utama filem ini meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan wang bonus diterima walaupun filem itu meraih kutipan RM38 juta.

Awie berkata, jumlah itu tidak setimpal dengan usaha pelakon dan sumbangan pekerja belakang tabir filem itu.

Sementara itu, penerbit filem Hantu Kak Limah (HKL), Astro Shaw dan Infinitus Gold dalam satu kenyataan media kepada Harian Metro menjelaska­n pembayaran wang bonus kepada pelakon dan kru filem itu adalah atas tanda penghargaa­n dan budi bicara.

Menerusi kenyataan diberikan, pihak penerbit perlu berdepan dengan pelbagai risiko sebelum sesebuah filem mendapat kutipan yang tinggi.

“Pembahagia­n keuntungan harus ditolak dengan 25 peratus melalui cukai hiburan. Dari jumlah baki itu, ia harus dibahagika­n dengan pihak pemamer pada nisbah 40:60.

“Dengan jumlah 40 peratus itu, penerbit akan menolak segala kos produksi, pemasaran dan pengedaran sebelum jumlah keuntungan dicapai.

“Kebiasaann­ya barisan pelakon dan kru sudah ditetapkan jumlah bayaran dan tiada pemberian bonus seperti di dalam kontrak. Namun begitu, penerbit HKL berbesar hati memberi bonus buat barisan pelakon dan kru atas tanda penghargaa­n dan budi bicara,” menurut kenyataan itu.

Yang nak jatuhkan kita adalah orang kita juga. Tak luak pun nak kongsi lebih kepada setiap orang terbabit jika nak dibandingk­an dengan kutipan puluhan juta diraih HKL”

Dalimawati

 ??  ??
 ??  ?? TEGURAN Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebook. RITA bersama Airit Rayyan dan Airit Qaha. SALAH satu adegan dalam Hantu Kak Limah. DALIMAWATI ketika menjayakan watak Hantu Kak Limah.
TEGURAN Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebook. RITA bersama Airit Rayyan dan Airit Qaha. SALAH satu adegan dalam Hantu Kak Limah. DALIMAWATI ketika menjayakan watak Hantu Kak Limah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia